Perisikan Ramallah kepung rumah anggota HAMAS
20 Mei 2011
NABLUS - Sumber terdekat keluarga bekas tahanan, Abdul Rahman Hindiah menyatakan unit perisikan Palestin Ramallah telah mengepung rumah keluarganya di bandar Nablus yang terletak di sebelah utara Tebing Barat selepas waktu Jumaat. Sebelum beredar, unit perisikan meminta Abdul Rahman melapor diri pada esok hari. Jelas sumber, sekiranya Abdul Rahman tidak hadir, unit perisikan mengancam akan menangkap saudaranya.
Keterangan dari gerakan HAMAS, perisikan Palestin Ramallah mengekori Abdul Rahman sejak tengahari tadi sewaktu pergi dan pulang dari menunaikan solat Jumaat.
Sementara itu, keluarga Abdul Rahman merayu kepada wakil bebas, Khalil Assaf dan ahli parlimen Majlis Legislatif Palestin minta campur tangan bagi menghentikan tindakan perisikan yang mengekori anaknya bertujuan untuk menangkap, malah sebelum ini telah berkali-kali Abdul Rahman dipanggil lapor diri.
Gambar(safa): "Pemuda Tebing Barat mahu gugurkan panggilan lapor diri".
Abdul rahman telah membuat bantahan terhadap arahan badan perisikan yang meminta beliau melaporkan diri. Bantahan tersebut disiarkankan melalui media massa serta laman jaringan sosial facebook. Sedemikian itu adalah bantahan darinya ke atas penangkapan dan panggilan lapor diri yang tidak henti-henti meskipun selepas persepakatan baik pulih hubungan dalaman Palestin ditandatangani.
Berhubung situasi ini, sekumpulan pemuda-pemuda melancarkan kempen di laman jaringan sosial, facebook yang meminta supaya tidak melaporkan diri apabila dipanggil pihak keselamatan Palestin di Tebing Barat. Sehingga kini, beberapa pemuda turut mengumumkan tidak mahu melayani sebarang arahan lapor diri.
Badan-badan hak asasi menggesa Pemerintah Palestin di Ramallah supaya menjernihkan suasana agar persepakatan baik pulih hubungan dalaman Palestin dapat dilaksanakan. Sedemikian itu, pihak berkenaan meminta badan perisikan Palestin dan Keselamatan kebangsaan hentikan arahan meminta lapor diri dan penangkapan ke atas anggota-anggota gerakan HAMAS dan JIHAD ISLAMI. Sumber 20/05/2011, web berita safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan