Ramallah tangkap HAMAS, zionis tangkap Palestin
31 Mac 2011
Jam 06.50 petang, waktu Malaysia
RAMALLAH - Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) mendakwa Pihak Keamanan Palestin di Tebing Barat menangkap salah seorang anggotanya di wilayah Qalqiliah.
Kenyataan HAMAS kepada agensi berita Safa, berkata, 'Ala Qashmar ditangkap Pihak Keamanan sehari selepas pulang dari Jordan meskipun mengetahui beliau adalah bekas tahanan yang telah dibebaskan sebelum ini.
HAMAS menyatakan lagi, bahawa Pihak Keamanan Kebangsaan di Nablus juga masih tidak membenarkan seorang pejuang AL-QASSAM, 'Ala Hasunah keluar sementara dari penjara bagi menziarahi ahli keluarganya.
Sudut yang lain, Pihak Keamanan Ramallah menahan 5 anggota gerakan HAMAS di Qalqiliah yang telah dijatuhkan hukuman berdasarkan undang-undang ketenteraan. Mereka, 'Ala Ziab, 33, yang sekarang ini meringkuk dalam penjara بيتونيا dihukum penjara selama 20 tahun atas tuduhan 'menentang pemerintah dan menganggotai kumpulan militia bersenjata'.
Lagi yang berada dalam tahanan, Abdul Miftah Shuraim, 32 juga meringkuk dalam penjara yang sama dengan 'Ala Ziab. Rumah Shuraim pernah dijadikan tempat perlindungan seorang pejuang dari KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM pada Jun tahun 2009 yang kini dihukum penjara selama 12 tahun.
Kenyataan tersebut menambah lagi, tahanan yang ketiga, Imad Huteri, 27 beradal dari bandar Qalqiliah dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun di penjara جنيد, dan yang keempat, Ibrahim Atiyyah, 28 turut dihukum penjara selama empat tahun di penjara جنيد. Ibrahim telah melewati lebih dua tahun penjara.
HAMAS menyebut, tahanan kelima, Husam Daud, 24 meringkuk dalam penjara جنيد selepas kesnya dibawa ke mahkamah tentera. Hukuman yang dijatuhkan ke atasnya adalah dihukum penjara selama 2 tahun atas tuduhan meiliki senjata.
Ayah dan anak ditangkap rejim penjajah
Safa melaporkan pada jam 12.15 tengahari, Palestin, Mesir, tentera rejim penjajah menangkap penduduk Palestin, Husam Subhi Sawwaf dan anaknya, Sobeer hari ini. Mereka yang ditangkap berasal dari daerah حارس , wilayah Sulfit, Tebing Barat.
Sumber tempatan menjelaskan, tentera rejim merempuh masuk ke daerah tersebut pada awal pagi tadi, serta mengepung rumah Sawwaf, kemudian menggeledah. Selepas itu, kedua-duanya ditangkap dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui.
Rejim penjajah kerap melancarkan operasi tangkapan yang boleh dikatakan setiap hari di seluruh bandar-bandar Palestin di Tebing Barat, biarpun hanya beralasankan keamanan yang 'kabur'. Sumber 31/03/2011, web berita safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan