Penjajah tangkap ahli parlimen HAMAS, 3 Palestin di Bet Umar
31 Mac 2011
Jam 04.54 petang, waktu Malaysia
KHALIL - Awal pagi ini, sepasukan tentera penjajah menangkap seorang ahli parlimen التغيير والإصلاح (gerakan HAMAS), Muhammad Maher Badar, 55 dari kediamannya di bandar Khalil.
Menurut isteri beliau kepada pemberita 'safa', sejumlah besar tentera penjajah mengepung rumahnya, selepas itu, tidak lebih 10 tentera menyerbu masuk ke dalam rumah dan memberkas ahli parlimen serta dibawa ke tempat yang tidak diketahui.
Jelas isteri pemimpin HAMAS lagi, sebelum itu, beberapa buah jip tentera zionis tiba di rumahnya dan merintangi jalan. Rempuhan itu tidak mengambil masa yang lama, sejumlah tentera penjajah yang mengiringi pegawai perisikan terus menyerbu masuk ke dalam rumah, lantas memberkas ahli parlimen itu selepas mengajukan soalan yang begitu pantas.
Isteri Muhammad Maher menyatakan, beliau baru dibebaskan dari penjara rejim zionis selepas meringkuk selama satu tahun enam bulan, itupun setelah meringkuk lebih lama selama 42 bulan. Isteri Muhammad Maher menyebut lagi, ahli parlimen itu pernah juga meringkuk dalam penjara selama 8 tahun yang tempoh penangkapan itu dijalankan tempoh berasingan.
Sementara itu, kumpulan التغيير والإصلاح yang mewakili gerakan HAMAS dalam Majlis Legislatif Palestin berkata, rejim penjajah bertanggungjawab sepenuhnya atas nyawa ahli-ahli parlimen HAMAS yang ditangkap penjajah. التغيير والإصلاح menegaskan, kemahuan mereka memberi tentangan tetap terpasak kuat, sesekali tidak akan goyah berhadapan dengan kuasa kejahatan rejim zionis.
Tangkap 3 Palestin
Kejadian lain, safa menerbitkan laporannya pada jam 10.52 pagi, Palestin, bahawa sepasukan tentera rejim penjajah telah menangkap 3 penduduk Palestin di daerah Bet Umar yang terletak di utara wilayah Khalil, Tebing Barat. Situasi yang sama, ketiga-tiga penduduk Palestin yang ditangkap itu setelahmana rejim penjajah menyerbu masuk ke dalam rumah mereka.
Berhubung penangkapan, jurucakap Jawatankuasa Rakyat Menentang Tembok Pemisah, Muhammad Audh berkata kepada safa, sepasukan tentera rejim penjajah telah menangkap 3 pemuda Palestin, Nidhal Husni Za'aqiq, 19, Muhammad Husin Za'aqiq, 16 dan Syuhdah Yousof Ja'far Adi yang berusia 19 tahun.
Tambah beliau lagi, jalan-jalan masuk ke daerah tersebut masih ditutup tentera penjajah malah pengangkutan awam turut dihalang dari memasuki jalan itu. Penutupan jalan-jalan masuk ke Bet Umar telah memasuki hari ke 9.
Warga haram langgar Palestin sampai mati
Seorang penduduk Palestin dalam lingkungan umur 30an menemui ajal ditempat kejadian setelah digilis sebuah kereta yang dipandu warga haram Israel di bandar Baitulmaqdis(Al-Quds), lapor pada jam 11.06 pagi, Palestin.
Radio Israel menghebahkan bahawa, seorang pemuda Palestin meninggal serta-merta di tempat kejadian setelah digilis kereta warga Israel. Bagaimanapun, identiti sebenar pemuda itu belum dikenalpasti. Sumber 31/03/2011, web berita safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan