'Grad' bedil pertengahan Israel
24 Mac 2011
AN-NASIRAH, - Serangan roket 'Grad' pada waktu asar petang ini telah membedil dua bandar Israel di tanah jajahan, Ushdud(Ashdod) dan Rishon Le Tsiyon di sebelah selatan Tel Aviv, pusat jajahan 1948[lihat peta di atas]. Meskipun tidak mengakibatkan sebarang luka parah, tetapi ia adalah serangan kali pertama sejak dua tahun lalu(perang Gaza 2008-2009) yang menimpa pertengahan Israel.
Siaran 10 televisyen Israel(penjajah) melaporkan bahawa siren kecemasan berbunyi di kedua buah bandar ini, lantas mencetuskan kepanikan terhadap beratus warga Israel.
Jelas siaran 10 yang memperincikan laporan bahawa roket yang menyerang Ushdud gugur berhampiran sebuah kompleks perniagaan. Sementara itu, satu lagi serangan roket menimpa sebuah kawasan terbuka berdekatan bandar Rishon Le Tsiyon di selatan Tel Aviv.
Respon awal yang diterbitkan pada jam 04.49 petang, safa melaporkan bahawa rejim zionis menafikan roket 'Grad' gugur di Rishon Le Tsiyon, dan hanya mengesahkan roket 'Grad' gugur di Ushdud.
Pejuang Palestin terus menyerang kepentingan rejim zionis. Sumber safa melaporkan pada jam 03.46 petang, kumpulan pejuang, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN, melancarkan dua serangan roket 'Naseer' ke atas penempatan haram Re'im di sebelah timur Pertengahan Semenanjung Gaza.
Tambah safa lagi pada jam 04.26 petang, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN melepaskan lagi serangan roket 'Naseer' ke atas كيوتس تسوحار di sebelah utara Semenanjung Gaza. Sumber 24/03/2011, web berita safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan