Turki rancang armada baru 15 buah kapal ke Gaza
24 Mac 2011
IHH, kumpulan Eropah sayap kiri bercadang untuk menghantar armada Mei ini. Setahun selepas peristiwa armada IHH mengakibatkan pertumpahan darah yang mendorong kecaman antarabangsa yang luas terhadap Israel.
Oleh: Barak Ravid
Israel akan melancarkan kempen awam pada hari Selasa terhadap perancangan pertubuhan IHH Turki dan beberapa kumpulan sayap kiri Eropah untuk menghantar armada ke Jalur Gaza(ada media menyebut Semenanjung Gaza, Genting Gaza) Mei ini, setahun selepas satu armada IHH mengakibatkan pertumpahan darah yang mendorong kecaman antarabangsa yang luas terhadap Israel.
Aktivis IHH ketika di atas kapal armada menyerang tentera Israel yang cuba menahan dengan kapak, pisau dan besi. Namun, sembilan warga Turki terkorban.
Gambar: Mavi Marmara ketika dalam perjalanan ke Turki[link].
Baca >> Israel bebas kapal freedom flotilla.
Timbalan Menteri Luar Negeri, Danny Ayalon akan memanggil duta besar asing untuk membantu mereka dalam menghentikan armada tahun ini, yang dijadualkan berlayar minimumnya 15 kapal. Tarikh belayar belum ditetapkan, tetapi Kementerian Luar Negeri menjangka hal itu terjadi antara 15 Mei, ketika Palestin memperingati "Nakba" (bencana) dan 31 Mei, ulang tahun penangkapan secara besar-besaran tahun lalu.
Tiga puluh penyelenggara dari 15 negara bertemu di Madrid sekitar enam minggu lalu untuk membincangkan rancangan mereka, yang setakat ini telah disembunyikan atas “alasan keselamatan". Mereka juga meminta kerajaan daripada beberapa negara yang warga negaranya merancang untuk melayarkan armada kapal agar memastikan keselamatan mereka sekiranya Israel cuba untuk menghentikan kapal.
Selama dua bulan terakhir, Jabatan Luar Negeri telah meminta beberapa kerajaan, termasuk Sepanyol, Inggeris, Ireland dan Sweden, untuk menerbitkan “travel advisories warning” kepada rakyat negara-negara tersebut yang bercadang untuk belayar ke Gaza. Inggeris dan Ireland sebenarnya telah melakukannya.
Gambar: Ilustrasi kejadian serangan lanun bukan di Teluk Aden tetapi kejadian di laut lepas, Mediterranean.
Ketika Presiden Cyprus, Demetris Christofias, melawat Israel sekitar 10 hari yang lalu, armada tersebut merupakan topik utama diperbincangkan. Christofias menegaskan bahawa perintah itu telah dikeluarkan setahun yang lalu, iaitu melarang kapal belayar ke Gaza dari Pelabuhan Cyprus tetapi ia tetap berlaku.
Kementerian Luar Negeri merasakan bahawa menghentikan rancangan armada itu melalui perbincangan diplomatik tidak akan mendapat sambutan tetapi mereka bertekad untuk mencuba. Sumber 22/03/2011, web berita haaretz
0 comments:
Catat Ulasan