الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Karikatur: Gaza 2010

21 Jun 2010

Gaza 2010

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

Tangisan Gaza sehebat Piala dunia 2010 yang sedang membahang di Afrika Selatan? Keputusan awal pagi semalam, nampaknya Brazil menjuarai perlawanan 3-1 ke atas Ivory Coast. Namun, pemain hebat Brazil, Kaka mendapat penangan 'kad merah' setelah memperolehi kad kuning.

Begitulah sorakan suara sebagai tanda sokongan kepada Brazil. Pun begitu, ketika membahangnya Piala dunia 2010, Gaza juga membahang dengan suara-suara yang memekik supaya 'bebaskan Gaza dari sekatan'. Suara yang bergema dari Amerika, kemudian disambut Eropah, malah bertambah kencang pekikan apabila suara itu timbul dari Turki, lalu bertambah panas ketika melalui Timur Tengah yang merupakan 'port' berlakunya sekatan. Suara yang memekik itu boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian:

1) Suara mahukan pembebasan(buka) sepenuhnya Gaza dari sekatan tanpa menurut mana-mana perjanjian kerana merasai betapa sakitnya 'sekatan' yang dikenakan. Sekurang-kurangnya suara ini melalui realiti keadaan itu dan kerap kali menghadapi derita akibat penipuan yang tidak berakhir.

2) Suara yang memekik bebaskan Gaza dari sekatan tetapi mesti melalui perjanjian-perjanjian antarabangsa malah bertegas ini adalah ketetapan rasmi meskipun penduduk Gaza 'merasa lali' dengan kenyataan rasmi.

3) Suara yang meminta bebaskan Gaza dari sekatan tetapi berubah kepada melonggarkan sekatan, namun tertakluk kepada apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Lebih sadis suara ini menyokong keputusan rejim penjajah yang mengenakan sekatan.

Pendek kata, semua suara menyokong kepada pembukaan sekatan ke atas Gaza, namun melihat kepada tempoh masa jangka panjang Gaza masih tidak terbebas dari sekatan.

Apakah mungkin Gaza 2010 dapat menikmati keselesaan hasil dari perlonggaran sekatan? Mereka di Gaza telah merasai sakit lelah melebihi 1000 hari akibat sekatan, namun di manakah usaha-usaha yang mampu menyembuhkan sakit mereka. Jika dilihat Piala Dunia 2010 telah rancak mendapat liputan dan peminat-peminat setia asyik menghafal jadual perlawanan dan rekod jaringan gol, tetapi adakah dalam masa yang sama kita mampu mengingati tarikh-tarikh dan tragedi yang dilakukan ke atas penduduk Gaza secara khusus.

Mungkin sesuai dibangkitkan kembali tentang seorang pemain bola sepak Mesir yang dikenali Abu Tarekah sebaik sahaja menjaringkan gol, pemain itu menyelak jersinya dan mempamerkan tulisan 'sympathize with Gaza', namun Abu Tarekah digantung permainan gara-gara menarik simpati bagi melihat penderitaan Gaza.

Lihat arkib(keratan akhbar), akhbar harian Al-Ahram(Mesir), 28/01/08 mengatakan bintang bola sepak Mesir dari Kelab Ahli, Abu Tarekah telah mendapat amaran keras kerana tindakannya dikatakan melanggar undang-undang Federation of International Football Associations (FIFA).

Menurut Al-Ahram lagi, "seperti yang termaktub undang-undang FIFA melarang unsur-unsur politik, keagamaan, dan seumpamanya sama ada peringkat dalam Negara dan peringkat antarabangsa. Tujuannya Undang-undang tersebut adalah untuk menjaga prinsip sukan agar tidak dicampuri permasalahan politik."

Amat dikesali, jika Kaka yang mendapat dua kad lebih mendapat simpati berbanding nasib yang menghantui beberapa penduduk asal Baitul Maqdis. Mereka yang juga ahli parlimen telah diberikan kata putus dari Pihak Berkuasa Penjajah supaya tinggalkan(bahasa kasar: dihalau keluar) bandar Al-Quds.

Memetik laporan berita Al-Jazeerah, 20/06/2010 iaitu Mahkamah Tinggi Israel telah meluluskan satu ketetapan bagi menyingkirkan empat ahli parlimen Palestin dari bandar Al-Quds.

Falsafah di sebalik sukan bola sepak jika diiringi konsep agama, ia boleh menjadi perantaraan menguatkan hubungan sesama manusia. Jika sebaliknya, ia boleh membuatkan jiwa menjadi 'sampah' dan tidak mempedulikan nasib saudara seagama yang sentiasa menjadi sasaran gol(matlamat) keganasan rejim haram Israel.

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS