S/U Agung LIJAN MUQAWAMAH dan pemimpin ALWIYAH syahid dibom pesawat zionis
09 Mac 2012
Selepas pesawat zionis menyerang
-----------------------------------------------------
Catatan masa kejadian:
Jam 04:04 petang, waktu Palestin/Mesir: Abu Mujahid berkata, dua yang syahid, Setiausaha Agung LIJAN MUQAWAMAH dan seorang pemimpin ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN berasal dari Nablus.
Jam 04:18 petang, waktu Palestin/Mesir: Adham Abu Salmiah berkata, dua syahid dan seorang kritikal dalam serangan yang menyasarkan sebuah kereta di Tel Islam, Gaza.
Kejadian tersebut berlaku ketikamana sebuah kereta yang dinaiki mangsa melewati sebatang jalan di Tel Islam(Tel Hawa) sebelah barat bandar Gaza.
Sumber perubatan yang mengesahkan kejadian itu menjelaskan, serangan yang dilancarkan oleh pesawat pengintip tanpa juruterbang di sebelah barat bandar Gaza mengakibatkan dua penduduk Palestin syahid.
Adham Abu Salmiah, jurucakap rasmi Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza berkata, dua penduduk yang syahid, Setiausaha Agung LIJAN MUQAWAMAH, Zahir Al-Qaisi (gambar atas)berasal dari bandar Rafah dan seorang pemimpin dari sayap tenteranya(ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN), Mahmud Ahmad Hanani(gambar sebelah) berasal dari Nablus(Tebing Barat) yang kini menetap di Semenanjung Gaza.
Menukil dari agensi berita SAFA, Adham Abu Salmiah menyatakan jasad-jasad yang syahid dibawa ke hospital As-Shifa' dalam keadaan teramat teruk natijah dari serangan pesawat zionis.
Tambah beliau, kepala as-syahid Al-Qaisi terpisah dari tubuh.
LIJAN MUQAWAMAH ucap takziah
Berhubung serangan yang mengakibatkan syahid, kumpulan pembebasan Palestin, LIJAN MUQAWAMAH dan sayap tenteranya, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengucapkan takziah di atas kejadian yang menimpa Setiausaha Agung dan salah seorang pemimpin sayap tenteranya.
LIJAN MUQAWAMAH menyatakan bahawa pihaknya tetap meneruskan usaha jihad dan penentangan. Jelas LIJAN, 'pembunuhan ke atas pemimpin dan pejuang kami tidak akan mengurangkan kekuatan bahkan ia sebenarnya menaikkan lagi semangat kekuatan dan keazaman untuk meneruskan perjuangan'.
Sambil itu, LIJAN MUQAWAMAH dan sayap tenteranya, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengesahkan bahawa pengorbanan dan titisan darah(jihad) satu-satunya jalan membebaskan Al-Aqsa dan keseluruhan tanah Palestin.
'Sepanjang 12 tahun meneruskan jalan jihad dan penentangan, hari ini LIJAN MUQAWAMAH telah mempersembahkan Setiausaha Agung yang ketiga syahid dalam perjuangan', jelas dari LIJAN MUQAWAMAH dan sayap tenteranya.
ALWIYAH turut menyatakan pihaknya tidak lagi berada dalam mana-mana gencatan dengan musuh dan menggesa pejuang-pejuangnya melancarkan serang balas dengan sepenuh keras ke atas permusuhan zionis.
Kata LIJAN MUQAWAMAH lagi, rejim zionis yang menjadikan as-syahid Abu Ibrahim Al-Qaisi sebagai sasaran bermakna zionis telah membuka pintu sendiri pintu kecelakaan dan serangan balas ke atas pejuang yang syahid akan berterusan, dengan izin Allah, serangan balas ini akan lebih dahsyat bersesuaian dengan jenayah yang begitu hina.
Zionis guna alasan Al-Qaisi dan Hanani rancang operasi di sempadan
Rejim zionis memberi kewajaran bahawa pembunuhan ke atas Setiausaha Agung LIJAN MUQAWAMAH, Zahir Al-Qaisi dan Mahmud Ahmad Hanani dalam serangan udara petang tadi di Gaza kerana kedua-duanya merancang operasi besar di sempadan Mesir-Israel(tanah jajahan 1948).
Sebaik sahaja serangan itu, tentera rejim zionis menyatakan pembunuhan ke atas sasaran(mangsa) adalah bagi menghalang operasi besar yang bakal dilaksanakan oleh kedua-duanya di sempadan.
Al-Qaisi menyandang jawatan Setiausaha Agung LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH setelahmana pemimpin sebelumnya, Kamal Al-Nirab menjadi sasaran dalam serangan udara zionis. Pada waktu itu, zionis juga menggunakan alasan yang sama bagi mewajarkan serangan dilakukan.
Kaitan berita, 18/08/2011:
5 pejuang Palestin dan kanak-kanak syahid, HAMAS kecam serangan zionis
_______________________________________
Sebagaimana menukil dari laporan AFP, pada Ogos tahun 2011, serangan udara zionis ke atas sebuah rumah di Rafah telah membunuh Kamal Al-Nirab(Abu Audh), Setiausaha Agung LIJAN MUQAWAMAH dan empat pembantunya.
Alasan dari serangan terbabit, rejim zionis menuduh LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH dalang di sebalik tiga serangan di Eilat pada bulan yang sama. Serangan yang dikatakan itu telah membunuh lapan warga Israel. Kata zionis, seramai tujuh orang penyerang telah dibunuh yang mana mereka datang dari Gaza, kemudian ke Sinai, dan sebahagiannya tiba di Eilat melaksanakan serangan.
Bagaimanapun, LIJAN MUQAWAMAH menafikan pihaknya ada kaitan dengan serangan di Eilat.
Berikutan serangan zionis hari ini di Gaza, sumber dari tentera rejim zionis juga menyebut bahawa LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH merupakan dalang di sebalik serangan dua peluru mortar ke atas barat Naqab hari ini.
"Serangan ALWIYAH ini telah mendapat lampu hijau dari gerakan HAMAS," kata sumber berkenaan. Sumber 09/03/2012, web berita Safa.ps, web berita Paltimes.net, web berita Alarabiya.net, web rasmi LIJAN MUQAWAMAH dan berita AFP
0 comments:
Catat Ulasan