الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label meriam zionis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label meriam zionis. Papar semua catatan

Zionis mengebom kawasan tanah lapang di timur Gaza

16 April 2012

Laporan jam 12:34 pagi, waktu BaitulMaqdis

GAZA - Sebuah kawasan tanah lapang menjadi sasaran pengeboman pesawat pengintip zionis tanpa juruterbang(UAV) awal pagi ini(Isnin, 16/04/2012). Serangan yang berlaku di sebelah timur bandar Gaza tidak mengakibatkan kecederaan mahupun kemusnahan besar.

Menurut penyampai berita agensi SAFA, pesawat pengintip menyasarkan kawasan tanah lapang yang terletak di antara Hayyu Az-Zaitun dan Hayyu As-Shujaieyah. Sebelum itu, lokasi yang sama juga menjadi sasaran bedilan meriam pada malam tadi.

Berikutan bedilan meriam, desas-desus berita mengatakan dua penduduk syahid. Bagaimanapun, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas, Adham Abu Salmiah menafikan hal berkenaan, namun mengesahkan bahawa tentera zionis melepaskan tembakan ke arah penduduk awam tetapi tiada kecederaan yang menimpa mereka.

Sejak beberapa jam petang semalam, ruang udara Semenanjung Gaza kerap dilintasi pesawat-pesawat zionis yang berterbangan separa rendah.

SAFA menukil dari laporan berita hebrew 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) pada jam 10:00 malam, waktu BaitulMaqdis menyatakan sebutir peluru roket yang dilepaskan dari Semenanjung Gaza gugur berhampiran penempatan Ashkelon, selatan Palestin(tanah jajahan 1948).

Berhubung serangan roket, YNET menjelaskan tiada sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda. Sumber 16/04/2012, web berita Safa.ps dan 15/04/2012, web berita Safa.ps

Read more...

3 roket ke tanah jajahan, zionis bedil Gaza Tengah

17 Februari 2012

Laporan jam 08:03 malam, waktu Palestin
Jam 08:03 malam, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Sumber Israel melalui web berita HAARETZ versi hebrew melaporkan bahawa dua roket Palestin buatan tempatan gugur pada petang tadi(Jumaat, 17/02/2012) di kawasan bandar Ashkelon(عسقلان), selatan tanah jajahan 1948.

Dakwa HAARETZ, letupan dua roket berkenaan tidak menjejaskan nyawa mahupun kerosakan harta benda.

Sebentar selepas serangan itu, rejim zionis mengumumkan pula satu lagi serangan roket yang baru gugur di kawasan penempatan Israel, 'Eshkol'. Serangan tersebut turut disebut dari sumber YNET, jelas lagi, roket yang gugur ini tidak mengakibatkan kecederaan dan merosakkan harta benda.

Pada waktu yang sama, kereta kebal zionis melepaskan dua tembakan meriam ke arah tanah pertanian di sebelah timur Mukhayyam El-Buraij, Gaza Tengah.

Menurut agensi berita SAFA, tiada penduduk Palestin yang cedera dalam pengeboman setelahmana seorang penduduk terselamat sewaktu kejadian, pada waktu kejadian, dia sedang memandu kereta berdekatan kawasan pertanian.

Menukil dari web berita PALTIMES, pihak perubatan turut mengesahkan pengeboman zionis di kawasan lapang sambil mengingatkan penduduk agar tidak menghampiri lokasi-lokasi yang dibom.

SAFA menjelaskan lagi bahawa dua bedilan peluru meriam itu gugur hanya 30 meter dari kedudukan kereta berkenaan. Sumber 17/02/2012, web berita Safa.ps dan web berita Paltimes.net

Read more...

Zionis hala serangan di utara Gaza

02 Februari 2012

Laporan jam 08:27 pagi, waktu Palestin
Jam 08:27 pagi, waktu Mesir

GAZA - Angkatan tentera udara rejim zionis(IAF) melancarkan serangan udara ke atas sasarannya di Bayt Hanoun, utara Semenanjung Gaza.

Sumber tempatan berkata, pesawat tempur zionis melancarkan sekurang-kurangnya satu serangan peluru misil menyasarkan sekumpulan penduduk Palestin yang berada di sebelah timur Bayt Hanoun, utara Semenanjung Gaza.

Tambah lagi sumber yang sama, serangan dari pesawat tempur zionis turut diikuti satu tembakan peluru meriam kereta kebal zionis ke arah lokasi yang sama. Sehingga laporan ini diterbitkan, tiada makluman mengenai sebarang kecederaan. Menurut SAFA, sekitar jam 10:30 malam(waktu Palestin/Mesir) semalam, 01/02/2012, kereta kebal zionis melepaskan tembakan meriam ke Bayt Hanoun.

Berhubung serangan ini, siaran radio zionis versi hebrew menghebahkan bahawa taklimat ringkas telah dikeluarkan kepada warga zionis yang mendiami penempatan-penempatan setentang dengan Semenanjung Gaza agar sentiasa berada berdekatan kawasan-kawasan yang selamat sebagai langkah berjaga-jaga ekoran sebarang keadaan cemas.

Radio zionis mendakwa lagi, sewaktu Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon mengadakan lawatan ke penempatan zionis yang setentang dengan Semenanjung Gaza, Palestin telah melepaskan 8 serangan roket, namun tidak mengakibatkan sebarang kerosakan harta benda mahupun kecederaan. Jelas lagi, serangan-serangan roket ini gugur di kawasan-kawasan yang tidak diberikan perlindungan sepenuhnya.

Demikian itu, SAFA turut menukilkan berita mengenai serangan roket dari web berita Israel versi hebrew "YEDIOTH AHRONOTH"(YNET) yang menyebut 7 serangan roket gugur di beberapa kawasan lapang di sebelah barat Naqab.

Pihak berkuasa zionis mengumumkan langkah berjaga-jaga selepas serangan roket kerana dibimbangi berlaku serangan roket yang baru.

YNET menukil dari sumber keselamatan zionis berkata, penilaian yang diungkapkan bahawa penyerang-penyerang roket dari Gaza mengambil peluang dari faktor cuaca, angin kencang semasa melancarkan serangan roket. Sumber 02/02/2012, web berita Paltimes.net dan 01/02/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Meriam zionis cederakan seorang penduduk

23 Januari 2012

Laporan jam 01:45 petang, waktu Palestin
Jam 01:45 petang, waktu Mesir

GAZA - Tentera rejim zionis melepaskan sejumlah das tembakan meriam pada tengahari ini(23/01/20123) ke arah beberapa buah rumah Palestin di Bayt Hanoun di utara Semenanjung Gaza.

Berikutan itu, sumber perubatan menjelaskan tembakan meriam mengakibatkan seorang penduduk Palestin cedera dan mangsa telahpun dibawa ke hospital Kamal Udhwan, Bayt Lahiya.

Sumber melaporkan bahawa kawasan-kawasan yang bersempadanan di sebelah utara seringkali menjadi sasaran tembakan dari tentera rejim zionis. Sumber 23/01/2012, web berita Paltimes.net

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS