Iring jenazah Salamah
24 Disember 2010
Laporan asal jam 08.18 pagi, Palestin
GAZA - Penduduk Palestin di Bet Lahiya, utara Gaza mengiringi jenazah Salamah Abu Hashish, 22 syahid(gambar sebelah) setelah beberapa jam mengalami luka parah akibat terkena tembakan tentera zionis di utara Gaza petang semalam.
Berhubung kejadian tersebut, jurucakap Panitia Tertinggi Bantuan Cemas, Adham Abu Salmiah berkata, tentera rejim zionis melepaskan tembakan ke arah Salamah ketikamana mangsa sedang mengembala kambing.
Berikutan itu, tiga lagi dari penduduk Palestin yang bekerja mengumpul kepingan besi dan sisa runtuhan turut mengalami kecederaan akibat terkena tembakan tentera zionis di utara Gaza.
Menurut sumber perubatan, pemergian(syahid) Salamah telah meningkatkan jumlah mangsa yang syahid seramai 13 orang akibat serangan rejim zionis yang berterusan dalam bulan disember. Manakala, lebih 30 lagi mengalami kecederaan dan luka parah.
Lagi kena tembak pagi tadi
Kejadian yang sama berlaku pagi tadi, seorang petani cedera akibat terkena tembakan tentera zionis di utara Bet Lahiya. Sumber perubatan menyifatkan kecederaan yang dialaminya pertengahan.
Menurut Abu Salmiah, petani Palestin yang menjadi mangsa tembakan zionis cedera di bahagian kaki, dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, pemberita 'Safa' melaporkan pos-pos kawalan tentera zionis yang terletak di sekitar perlintasan Karem Abu Salem, selatan Gaza telah melepaskan tembakan ke arah tanah-tanah pertanian. Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan terbabit.
Dalam waktu yang sama, web berita Israel 'Yediot Ahronout' versi hebrew melaporkan berlakunya serangan roket.
Jelas Yediot Ahronout bahawa satu serangan peluru mortar gugur di penempatan zionis 'Ushkul' yang terletak bertentangan dengan tanah Gaza dari arah selatan. Namun, serangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang luka parah atau kerosakan harta benda.
Zionis tembak nelayan
Lagi serangan ke atas penduduk Gaza pagi tadi dilaporkan bahawa bot-bot laju tentera laut zionis melepaskan tembakan machine-gun ke arah sampan dan bot nelayan di perairan laut Gaza.
Pengerusi Persatuan Nelayan di Khan Yunus, Fuad Al-Amudi ketika dihubungi berkata, bot-bot zionis menghujani tembakan ke atas bot-bot nelayan Gaza bertujuan memaksa keluar dari had yang tidak dibenarkan menangkap ikan.
Jelas lagi, tindakan rejim zionis secara berterusan ini menyebabkan aktiviti penangkapan ikan terganggu malah memaksa beratus-ratus dari nelayan Gaza mencari pekerjaan yang lain sebagai sumber rezeki. Sumber 24/12/2010, web berita safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan