Jentera perang udara zionis serang Gaza
24 Februari 2011
jam 06.41 pagi(waktu Malaysia)
GAZA - Lewat tengah malam, jentera perang udara zionis yang terdiri daripada pesawat tempur, helikopter dan pesawat pengintip melancarkan serangan berantai ke atas beberapa buah tempat di Semenanjung Gaza.
Serangan peluru misil yang dilancarkan pesawat pengintip terhadap sekumpulan pejuang Palestin telah mencederakan 2 pejuang di timur Hayyu Zaitun yang terletak di sebelah timur bandar Gaza.
Menurut siaran 10 televisyen Israel, sebelum zionis melancarkan serangan, satu serangan roket jenis 'grad' gugur di bandar Beer Sheeba(Bi'ru Sabie'). Jelas siaran itu lagi, roket grad yang gugur di belakang sebuah rumah mengakibatkan 4 warga haram Israel panik. Sejurus selepas itu, mereka dibawa ke hospital Suruka. Berikutan kejadian, serangan roket itu menyebabkan kerosakan harta benda.
Sebelum itu, pada waktu tengahari semalam, jentera perang rejim zionis melakukan pencerobohan di Gaza, lalu pihak pejuang Palestin bangkit membalas pencerobohan.
Laporan berita yang dimaklumkan oleh agensi berita 'Safa' selepas tengah malam(23/02/2011), sebuah lokasi di Hayyu Zaitun iaitu Abu Jarad telah dibom helikopter Apache dengan satu serangan peluru misil. Sebuah lagi lokasi(موقع قريش العسكري) yang terletak di tenggara bandar Gaza pula dibom dengan misil dari Apache. Jelas laporan itu, sebuah lagi kawasan yang dibebaskan 'Netsarim'(asalnya sebuah penempatan haram zionis) turut dibedil oleh helikopter Apache. Sejurus selepas itu, giliran sebuah rumah kosong di kawasan yang terletak di bandar Khan Yunus pula dibom dengan pesawat F-16.
Jurucakap bagi pihak Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah menjelaskan, serangan berantai zionis tidak mengakibatkan sebarang luka parah dikalangan penduduk.
Berhubung pencerobohan pada waktu tengahari semalam, seorang pejuang Palestin, Adil Muhammad Jundiyyah yang mengalami kecederaan dalam pengeboman zionis telah syahid.
Kumpulan pejuang, SARAYA AL-QUDS, sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI memaklumkan bahawa Jundiyyah adalah salah seorang dari pejuangnya. Sumber 24/02/2011, web berita safa.ps
Baca lagi:
1. Zionis ceroboh Gaza, 11 Palestin cedera parah
2. AL-QUDS bom Nehal Auz
0 comments:
Catat Ulasan