Zionis ceroboh tiga lokasi di Semenanjung Gaza
09 April 2012
Jam 06:56 pagi, waktu Mesir
KHAN YOUNIS - Kejadian yang berlaku pagi ini, lebih 28 buah jentera perang rejim zionis terdiri daripada jentolak dan kereta kebal telah menceroboh tiga lokasi berasingan di Semenanjung Gaza.
Timur Khan Younis
Penyampai berita SAFA melaporkan bahawa empat buah kereta kebal mengiringi enam buah jentolak dilihat keluar dari pintu gerbang أبو ريدة menghala ke arah timur daerah Khuza'ah, timur Khan Younis. Dalam kejadian ini, jentera perang rejim zionis menceroboh sejauh 250 meter ke dalam tanah Semenanjung Gaza, kemudian jentolak zionis meratakan tanah-tanah pertanian secara meluas di kawasan yang diceroboh.
Jelas saksi, sewaktu menceroboh, tentera rejim zionis melepaskan bertubi-tubi tembakan dan turut melepaskan tembakan meriam ke arah tanah lapang di timur Qarara. Di samping itu, pesawat-pesawat pengintip tanpa juruterbang melakukan tinjauan pada aras ketinggian biasa.
Rafah, selatan Semenanjung Gaza
Kejadian di timur Hayyu An-Nahdhah, Rafah, sebanyak tiga buah kereta kebal dilihat bergerak mengiringi empat buah jentolak keluar dari pintu gerbang أبو المطبق, lalu menjalankan operasi mengesan di luar garisan pemisah.
El-Buraij, Gaza Tengah
Seiring pencerobohan zionis di dua lokasi tersebut, sebanyak tujuh buah jentolak dan empat buah kereta kebal keluar pula dari pos kawalan tentera zionis yang dilengkapi CCTV(televisyen litar tertutup) menuju ke sebelah timur Mukhayyam El-Buraij, Gaza Tengah sambil melepaskan tembakan. Sumber 09/04/2012, web berita Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan