Komander AL-QUDS syahid, pemuda cedera di Der Balah
24 Ogos 2011
GAZA - Seorang komander dari kumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI), Ismail Al-Asmar, 34 syahid setelah menjadi sasaran pengeboman pesawat zionis di sebelah barat bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Kejadian itu berlaku awal pagi tadi.
Sumber keselamatan menjelaskan kepada agensi berita Safa, bahawa sebuah pesawat pengintip zionis tanpa pemandu telah melancarkan satu serangan ke atas sebuah kereta penumpang jenis 'Hyundai' di kawasan Tel-Sultan. Sejurus pengeboman, kereta berkenaan hancur musnah.
Gambar(Safa): Pasukan bomba dan orang ramai mengelilingi saki-baki kereta yang menjadi sasaran pengeboman pesawat zionis.
Safa berkata, kesan dari letupan kuat mengakibatkan jasad as-syahid rentung malah dua lagi penduduk cedera ringan ketika melewati di jalan berkenaan.
Berhubung kejadian, SARAYA AL-QUDS mengumumkan tentang kesyahidan Al-Asmar dalam pengeboman zionis sambil menyatakan as-syahid adalah individu bertanggungjawab bagi persiapan dan persediaan logistik perang SARAYA di bandar Rafah.
Der Balah jadi sasaran
Kejadian yang sama dilaporkan pada jam 04:06 pagi waktu Mesir, seorang penduduk tercedera apabila motosikal yang ditungganginya menjadi sasaran tembakan di kawasan 'Al-Barkah', Der Balah, Gaza Tengah.
Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, pemuda terbabit telah cedera dan telahpun di bawa ke hospital untuk rawatan susulan.
Sebelum itu, Safa melaporkan kejadian lain yang berlaku awal pagi tadi(02:38 pagi, waktu Mesir), bot-bot laju tentera zionis melepaskan tembakan mesingan ke arah bot-bot nelayan Gaza di pesisir laut Rafah, Khan Yunis, Gaza dan Gaza Tengah. Sumber 24/08/2011, web berita Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan