[Karikatur] Telah bergenerasi rayu 'hak pulang'
25 Mei 2011
Semalam, Netanyahu, Perdana Menteri Kerajaan yang menjajah tanah Palestin telah menafikan hak pulang kepada pelarian-pelarian Palestin dalam ucapannya di hadapan kongres Amerika. Sungguh tidak ada rasa malu, sudahlah perompak yang merampas tanah, kemudian geran tanah tersebut digazetkan menjadi hak perompak. Lebih memalukan lagi, memberi ucapan kepada dunia bahawa pelarian-pelarian Palestin tidak ada hak untuk kembali ke tanah-tanah mereka.
Sejak rundingan-rundingan damai yang dijalankan, sehingga kini ada beberapa permasalahan asas yang tidak mencapai keputusan, bahkan tidak selesai. Antara permasalahan asas ialah berhubung pelarian Palestin yang dinafikan hak pulang. Mengikut ketetapan 194, perjanjian Geneva pada tahun 1984, kem-kem pelarian yang ada waktu ini di Lubnan, Syria, Jordan dan mana-mana tempat yang disebut kem pelarian hanyalah kediaman sementara sebelum diberikan hak untuk pulang ke tanah-tanah yang dijajah. Pihak yang menguruskannya tidak lain adalah PBB yang disubkan kepada UNRWA. Namun, bilakah mereka akan pulang ke tanah-tanah yang dijajah sedang ucapan hipokrit jahiliah terus diagung-agungkan serta menjadi dambaan sama ada ucapan itu dari penjajah atau pihak pelakon utama pendamai?
0 comments:
Catat Ulasan