Kempen dari PALTIMES: 'simpati terhadap para tahanan yang mogok lapar'

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.

Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Harapan kami untuk Mesir

Kami mendoakan semoga pilihanraya Presiden Mesir yang bakal berlangsung pada 23 dan 24 Mei 2012 berjalan dengan baik serta bebas dari sebarang usaha untuk mengharu-birukan keadaan di Mesir. Juga, keputusan yang bakal diketahui mudah-mudahan turut memberi kemenangan kepada seluruh umat Islam..dengan izin Allah, khususnya Mesir dan tanah Palestin, begitu juga di seluruh tanah-tanah Arab yang berada dalam keadaan begitu sulit. Apa yang amat diharapkan, Mesir pada hari ini dan akan datang berada dalam tangan pemimpin yang mengikut jejak langkah para sahabat radhiallahuanhum, demikian itu bagi meneruskan perjuangan yang diwarisi daripada baginda Nabi Muhammad SAW.

Katakan tidak pada 'kezaliman', 'penyelewengan kuasa', 'khianat pada ummah', 'rasuah', 'tunduk kepada pihak luar', 'konspirasi antarabangsa membunuh ummah', 'dasar penjauhan dari agama Islam', dan seumapamanya.

الله أكبر ولله الحمد

Berita Mesir

Pilihanraya Presiden Mesir

Penduduk Mesir mula membuang undi pagi ini bagi memilih calon Presiden. Pihak tentera dan keselamatan mengambil langkah kawalan keselamatan yang ketat bagi menjamin proses pembuangan undi yang diadakan pada hari ini dan esok berjalan dengan lancar.

Berhubung proses pembuangan undi, Liga Arab mengerahkan pemerhati dari pihaknya yang bermula selepas waktu zohor semalam untuk mengikuti perkembangan pilihanraya Presiden Mesir di beberapa negeri yang berlainan. Sedemikian itu pemerhati Liga Arab mengikut serta delegasi-delegasi Arab dan antarabangsa yang memantau perjalanan pembuangan undi sehingga hari esok.

Seramai 52 orang anggota pemerhati Liga Arab, empat di antaranya Palestin memantau proses pembuangan undi.

Sumber:
1) Berita Al-Jazeerah, 23/05/2012
2) Web berita Safa.ps, 22/05/2012
Keputusan pilihanraya Presiden

Jawatankuasa Tertinggi Suruhanjaya Pilihanraya Presiden Mesir akan mengadakan sidang media pada tengahari ini bagi mengumumkan keputusan akhir pusingan pertama pilihanraya serta keputusan hasil dari bantahan yang dikemukakan oleh calon-calon Presiden.

Sumber:
28/05/2012, web berita Safa.ps

Berita ringkas Palestin

Gaza solat hajat semalam

Penduduk Palestin di kebanyakan masjid di Semenanjung Gaza menunaikan solat sunat hajat semalam bagi memohon kepada Allah Ta'ala agar memberikan kemenangan kepada calon Presiden Mesir yang betul-betul layak.

Menurut PALTIMES, masjid-masjid di Gaza mengumumkan melalui pembesar menyeru penduduk-penduduk Palestin turut serta menunaikan solat sunat hajat dan mendoakan kemenangan kepada calon yang amat layak menggalas amanah melindungi umat Islam dan Arab serta menjalankan tanggungjawab membebaskan Palestin dan ibunegaranya Al-Quds dari cengkaman penjajah.

Sumber:
23/05/2012, web berita Paltimes.net
Pertemuan HAMAS - FATAH hari ini

Delegasi HAMAS akan bertemu dengan FATAH hari ini bagi membincangkan mekanisme pembentukan kerajaan perpaduan yang disepaki peringkat nasional.

Sumber:
28/05/2012, web berita Safa.ps

Lagi 4 Palestin ditangkap, ahli parlimen dilanjutkan 5 hari tahanan

25 Januari 2012

Laporan jam 07:24 pagi, waktu Palestin
Jam 07:24 pagi, waktu Mesir

RAMALLLAH - Tentera rejim penjajah telah menangkap empat penduduk Palestin pada waktu awal pagi ini(Rabu, 25/01/2012) dalam operasi serbuan di kawasan yang berlainan di Tebing Barat.

Sumber dari web berita Israel versi hebrew "YEDIOTH AHRONOTH"(YNET) berkata, tentera telah merempuh masuk ke beberapa buah daerah di Tebing Barat. Hasil rempuhan dan serbuan ini, tentera penjajah menangkap empat penduduk Palestin dan kesemuanya dibawa ke tempat yang tidak dimaklumkan.

Tentera rejim penjajah kerapkali melaksanakan operasi penangkap di setiap pelusuk Tebing Barat dengan mendakwa ianya adalah operasi keselamatan.

Lanjut 5 hari tahanan ke atas ahli parlimen

Tidak memadai hanya menyasarkan penduduk Palestin, penjajah turut menangkap dan menculik ahli-ahli parlimen Palestin.

Gambar: Abu Arfah

Sebelum ini, seorang ahli parlimen dan bekas Menteri Hal-Ehwal BaitulMaqdis telah diculik oleh Unit Khas tentera penjajah dari bangunan Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa di BaitulMaqdis.


Semalam(Selasa, 24/01/2012), sumber dari berita AL-JAZEERAH pula melaporkan bahawa tentera penjajah menangkap seorang lagi ahli parlimen Palestin, Abdul Jabbar Al-Fuqaha' di Ramallah. Dengan sedemikian, jumlah ahli parlimen Palestin yang berada dalam tahanan penjajah seramai 27 orang.

Gambar: Kiri, Muhammad Tutah dan tengah, Khaled Abu Arfah sewaktu berada dalam perbicaraan.


Berhubung penangkapan ke atas seorang ahli parlimen dan bekas menteri yang kini berada dalam tahanan penjajah, kedua-duanya telah dilanjutkan tahanan dalam penjara selama lima hari.


Klip rakaman sewaktu Skuad Khas penjajah merempuh masuk ke bangunan Palang Merah Antarabangsa di BaitulMaqdis.

Sumber berkenaan berkata kepada agensi berita PALTIMES, "Memang telah kami jangkakan pihak berkuasa penjajah akan memindahkan kes penangkapan Muhammad Tutah dan Abu Arfah kepada perbicaraan beberapa hari lagi, dengan itu, sama ada kedua-duanya dikenakan tahanan tanpa bicara atau bakal diusir ke mana-mana tempat di Tebing Barat sebagaimana yang telah diputuskan sebelum ini ke atas Ahmad Atwan, ahli parlimen Palestin."

Speaker legislatif Palestin dikenakan 6 bulan tanpa bicara

Speaker Majlis Legislatif Palestin, Dr. Aziz Al-Duweik(gambar bawah) yang telah ditangkap tentera penjajah telah dikenakan hukuman penjara tanpa bicara. Demikian itu, keputusan ini diputuskan oleh mahkamah penjajah di Ofer semalam(Selasa, 24/01/2012).
Fadi Qawasimi, peguam bela kepada Speaker Legislatif Palestin menjelaskan bahawa mahkamah penjajah telah memutuskan hukuman penjara terhadap Aziz tanpa sebarang dakwaan atau tohmahan.

Pejabat Speaker Majlis Legislatif Palestin turut mengecam hukuman yang diputuskan secara zalim kerana tanpa ada sebarang dakwaan mahupun kewajaran mengikut undang-undang. Sumber 25/01/2012, web berita Safa.ps, 24/01/2012, berita AL-JAZEERAH, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps serta 23/01/2012, web berita Paltimes.net

0 comments:

Mengenai kami

Komuniti MAP 2 STREET

Lahir semula setelah dihapuskan pada 18 Jun 2009, sebab tidak dinyatakan. Kami bangkit dengan 'lahjah' yang kami pelajari dari Al-Quran dan Sunnah. Biar dihapus, takkan lemah dan putus asa malah kami akan pastikan suara ini terus bergema. Kami akan terus perjuangkan isu Palestin dengan nada 'intisar'. "From Palestine With Love" - Hasbunallahu Wa Nikmal Wakil

widgeo.net

Hubungi kami

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

Anjung Pavilion

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS