Persetujuan awal pemerintah Ramallah kendali sempadan Gaza
27 Disember 2010
AL-QUDS, - Sumber mendedahkan malam ini mengenai persetujuan awal yang dicapai antara Kerajaan Zionis dengan Pemerintah Palestin Ramallah berhubung dengan menempatkan wakil-wakil Ramallah di sempadan(perlintasan) antara Semenanjung Gaza-Israel(tanah jajahan 1948), khususnya perlintasan yang dikhaskan untuk pemunggahan barang-barang.
Siaran 1 televisyen Israel menjelaskan bahawa persetujuan ini dicapai antara Penyelaras Hal Ehwal Palestin dalam Kerajaan Zionis, Mejar Jeneral Eitan Dangot dengan Menteri Hal Ehwal Kemasyarakatan Palestin(Ramallah), Hussain As-Syeikh.
Menukil berita dari DP News yang diterbitkan pada 03/07/2010, bahawa kedua pihak bersetuju membentuk kumpulan kerja bersama bagi memperbaharui prasana di perlintasan Karem Abu Salem dan membangunkan projek-projek badan antarabangsa di Semenanjung Gaza.
Nyata sumber dari siaran 1 televisyen Israel, 'modus perlaksanaan' persetujuan ini masih lagi diperbincangkan. Bagaimanapun, dengan persetujuan tersebut, belum lagi diketahui pendirian gerakan HAMAS yang berkuasa ke atas Semenanjung Gaza.
1. "إسرائيل" تزعم أنها ستسلم معابر غزة إلى السلطة الفلسطينية
Sejak HAMAS memenangi pilihanraya Palestin 2006, zionis telah mengenakan sekatan yang ketat ke atas Semenanjung Gaza. Malah sekatan tersebut dilipatkaligandakan setelahmana HAMAS menguasai Semenanjung Gaza yang kini telah merentasi masa hampir 4 tahun, dari tahun 2007 hingga sekarang. Hanya sebahagian sahaja barangan yang dibenarkan masuk ke Gaza, namun tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk Palestin di Gaza. Sumber 27/12/2010, web berita safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan