الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Netanyahu: BaitulMaqdis tidak boleh dibahagikan

01 Jun 2011

Laporan jam 03.27 pagi, Palestin/Mekah
Jam 02.27 pagi, Mesir

BAITULMAQDIS - Selepas ini bandar BaitulMaqdis tidak boleh dibahagi-bahagikan, demikian kata Perdana Menteri rejim zionis, Benjamin Netanyahu(gambar) yang berjanji meneruskan lagi penempatan zionis dan peyahudian ke atas BaitulMaqdis.

Ketika berlangsungnya karnival di salah sebuah akademi agama Yahudi di BaitulMaqdis, Netanyahu mendakwa wujudnya beberapa lokasi dan kawasan bersejarah yang membuktikan hubungkait tanahair ini dengan masyarakat Yahudi.

BaitulMaqdis bandar bersejarah

Menukil kenyataan Syeikh Akramah Sabri, Pengerusi Majlis Tertinggi Islam dan khatib Masjid Al-Aqsa dari web berita Al-Jazeerah bahawa penjajah telah cuba berusaha mencari kesan Yahudi. Bagaimanapun, tiada satu ketulan bongkah batu yang menunjukkan hubungkait dengan Yahudi berikutan sedemikian, pada tahun 1967, penjajah telah menggali sebuah halaman di dinding buraq dengan kedalaman 10 meter tetapi juga tidak menemui asas sejarah Yahudi. Sebaliknya yang ditemui hanyalah bongkah batu peninggalan Kerajaan Rom.

Gambar(Al-Jazeerah): Baik pulih atau mengubah yang dilakukan Israel di Bab Al-Amoud.

Beliau menggesa pertubuhan antarabangsa UNESCO yang telah mengumumkan BaitulMaqdis bandar bersejarah pada tahun 1981 agar campur tangan demi menghentikan kerja-kerja yang memusnahkan kesan peninggalan sejarah ini.

Kata beliau, jika penjajah benar-benar mahu membaik pulih dinding-dinding maka seharusnya memanggil juga pakar-pakar arkeologi dari UNESCO dan Waqaf Islam bagi mengawasi kerja-kerja sedemikian, tetapi pada hakikatnya penjajah bersendirian mengubah kedudukan geologi serta memusnahkan peninggalan sejarah Islam sepertimana kawasan tanah perkuburan Al-Umawiyyah di selatan Masjid Al-Aqsa dan juga kesan peninggalan di Silwan.

Gambar(Al-Jazeerah): Bintang Daud di bongkah dinding berdekatan Bab As-Sahirah.

Syeikh Akramah turut membawa contoh bahawa usaha mengubah identiti peninggalan sejarah Islam seiring dengan pembinaan penempatan Israel yang tidak pernah henti walaupun sehari. Jelas beliau, penjajah mengambil peluang ketikamana dunia Arab disibukkan dengan revolusi-revolusi bagi melaksanakan perluasan rancangan-rancangan penipuan.

Usaha mengubah

Berhubung konteks yang berkait, Pengerusi Waqaf Islam, Azzam Al-Khatib menjelaskan apa yang dilakukan oleh Israel adalah sebahagian dari usaha sepihak(penjajah sahaja) bagi mengubah kedudukan dan identiti bandar.

Logo UNESCO

Beliau menyebut kepada Al-Jazeerah bahawa Waqaf Islam telah mengemukakan berhubung perlanggaran yang dilakukan penjajah kepada Jordan. Demikian itu, Jordan yang berhubung dengan pertubuhan UNESCO telah memantau kerap perkembangan ini.

Perarakan membawa simbol penyatuan

Lapor Safa, pada hari ini, beberapa upacara yang berlainan akan diadakan di BaitulMaqdis sempena hari yang dinamakan oleh Yahudi 'memperingati penyatuan Al-Quds' dan antara yang utama, perarakan membawa bendera sebagai simbol penyatuan di beberapa jalan di bandar BaitulMaqdis selepas waktu zohor.

Gambar(Al-Jazeerah): Azzam Al-Khatib

Berikutan itu, tentera rejim penjajah dan polis penjajah dikerahkan keseluruhan BaitulMaqdis. Kerahan itu tidak mengecualikan bahagian timur, iaitu BaitulMaqdis Timur(timur Al-Quds). Sumber 01/06/2011, web berita Safa.ps dan web berita Al-Jazeerah

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS