07 April 2010

'Poster' minta sumbangan bina kuil

"Bayar 1 Shekel, anda akan memiliki hartanah Arab di Kota Lama",
"Bayar 1 Shekel..bantu bina kuil",
"1 Shekel, anda ke syurga"

Menurut sebuah web berita 'Al-Kauthar', Israel telah meletakkan kotak-kotak yang tertulis slogan seperti di atas di pintu-pintu masuk ke bandar Al-Quds, semalam.

Slogan-slogan yang dicipta Israel itu adalah untuk meminta sumbangan bagi pembinaan sebuah kuil(haikal).

Berhubung tindakan itu, Hasan Khatir, Pengerusi Umum bagi agensi penyiaran Al-Kauthar mengingatkan selepas pembukaan sebuah gereja Kharrab, keadaan di Al-Quds semakin bahaya.

Khatir turut mengesahkan bahawa langkah dan tindakan Israel begitu cepat yang bertujuan untuk pengyahudian di Kota Lama malah mahu memadam ciri-ciri khusus yang melambang Islam dan keAraban di tanah-tanah yang dijajah zionis. Seterusnya dinyatakan, zionis akan menzahirkan dongengan celupan Yahudi di kawasan terbabit dengan alasan yang sengaja direka.

Selain itu, Khatir menyatakan selepas pembukaan gereja Kharrab timbulnya aktiviti yang amat membimbangkan di dalam bandar suci itu kerana kawasan terbabit menjadi pengkalan terbesar bagi golongan pelampau Yahudi menyemai semangat untuk melakukan permusuhan, terutamanya ke atas Masjid Al-Aqsa dan bandar Al-Quds.

Tambahan pula, Pihak Berkuasa Penjajah turut menamakan bandar-bandar dan kawasan-kawasan suci dengan bahasa hebrew(ibrani) malahan juga diberikan nama-nama jalan dan kawsan-kawasan suci yang lain di Kota Lama, Al-Quds dengan nama yang berunsurkan zionis-yahudi.

Berikutan tindakan zionis itu, telah membangkitkan gelombang kemarahan dikalangan penduduk asal Al-Quds(penduduk Palestin) malah dalam masa yang sama kedudukan bandar Al-Quds juga tegang berikutan pelaksanaan keselamatan yang begitu ketat.

Dari sumber yang sama menjelaskan, penjajah juga menamakan Masjid Al-Aqsa dengan nama "haram el-sharif" yang bertujuan menimbulkan kekeliruan kerana 'haramain' di dalam agama Islam yang disepakati ulamak adalah Mekah dan Madinah sahaja.

Tindakan zionis sebagaimana yang dinyatakan ini adalah untuk menguasai sebahagian dari Masjid Al-Aqsa dengan mendakwa Al-Aqsa adalah bahagian yang lain bukannya ditentukan ke atas masjid itu, menurut Al-Kauthar. Sumber 07/04/2010, suratkhabar Misril-Youm

Topeng gas kepada Israel

Semalam, agensi keselamatan Israel telah mengagihkan topeng gas kepada penduduk-penduduk Israel.

Sumber(radio rasmi Israel) menjelaskan pengagihan topeng gas itu merangkumi kesemua penduduk Israel yang menetap di bandar-bandar dan daerah dalam Israel.

Setakat ini, menurut akhbar Israel pengagihan topeng gas yang melindungi dari bahan kimia mahupun gas beracun itu tidak bersangkut-paut dengan risikan-risikan yang meramalkan berlakunya perang dari mana-mana penjuru. Sumber 06/04/2010, berita Al-Jazeerah dan 07/04/2010, suratkhabar Shourouk(Mesir)

Penjajah serah notis kosongkan rumah

AL-QUDS - Menurut sumber tempatan(Palestin) bahawa Majlis Perbandaran Israel(penjajah) telah menyerahkan notis kepada dua buah keluarga; Al-Fakhuri dan Ad-Dahudi agar mengosongkan rumah mereka di perumahan Syeikh Jarrah pertengahan bandar Al-Quds.

Memetik sumber seorang peguam, Sami Irsheed yang telah mengadakan pertemuan segera setelah keluarga Palestin berkenaan menerima notis tersebut, berkata, "beberapa pertubuhan penempatan Israel mengakui tanah yang didirikan rumah penduduk Palestin itu adalah hak Israel". Jelas peguam terbabit, setakat ini tindakan dari keluarga Palestin hanya menyukarkan Israel dari menguasai hartanah penduduk Palestin selaku penduduk asal.

Jelas sumber lagi bahawa kedua-dua buah keluarga itu adalah di antara beberapa buah keluarga yang mendiami di kawasan terbabit semenjak puluhan tahun yang lalu.

Berhubung tindakan penjajah, Menteri Luar Israel yang berhaluan kanan(pelampau), Avigdor Liberman mengesahkan bahawa Kerajaannya tidak akan membekukan kerja binaan penempatan Israel malah usaha pengyahudian juga tidak akan dihentikan di tanah-tanah Palestin, bandar Al-Quds.

"Tidak ada sebuahpun Negara yang setuju hentikan pembinaan di ibu Negaranya", dakwa Liberman.
Sumber 07/04/2010, web berita islamtoday.net

Agaknya..mustahil?


Karikatur yang dilampirkan di ruang ini mungkin agak kasar tetapi ia mungkin berlaku?, namun mustahil akan berlaku pada waktu sebegini. Sumber (Al-Jazeerah)

Setakat ini, penulis hanya melihat kepada tiga komentar di kalangan pelawat.

1) Mina dari Algeria, mengatakan tidak tergambar keadaan sebegini.
2) Stop & Red dari Yaman, mengatakan impian yang sedemikian tidak akan tercapai.
3) Abdullah Abdullah Ali dari Libya, mengatakan InsyaAllah kita akan melalui tahap ini .. hanya dengan kesatuan, dan jika kita menggunakan 'kekayaan' yang Allah anugerah kepada kita dengan cara yang betul.
4) Apakah pula ulasan kita? ..

Perhatian: Penulis tidak berniat untuk membawa pengunjung kepada fahaman menghasut atau sebagainya. Namun, realiti di Palestin, Iraq, Afghanistan malahan isu-isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam membuktikan Negara-negara besar sedemikian rupa.