10 April 2010

Qatar berusaha bebaskan Gaza dari sekatan

Menurut HAMAS, Negara Qatar sedang berusaha bagi membebaskan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza malah Qatar menggerakkan lagi usahanya agar pemulihan dalaman Palestin tercapai.

Jurucakap HAMAS, Ismail Ridhwan berkata, Amir Qatar Sheikh Hamad Bin Khalifah II menyampaikan tindakan yang telah dilakukannya itu kepada delegasi HAMAS yang mengadakan lawatan ke Qatar baru-baru ini.

Delegasi HAMAS dalam lawatannya ke Qatar turut membincangkan mengenai isu dan permasalahan dalaman Palestin. Ketika lawatan delegasi HAMAS, Amir Qatar memaklumkan bahawa Qatar sedang berusaha membebaskan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza dengan bentuk tindakan.

Sebagaimana yang dinyatakan kepada agensi berita(Al-Jazeerah), bentuk tindakan bagi membebaskan Gaza dari sekatan Israel adalah menilai semula perjanjian sempadan dari sudut perundangan serta berusaha mencari peruntukan undang-undang bagi membenarkan sempadan Rafah dibuka. Malah dapat menjaga kemuliaan penduduk Palestin. Jurucakap HAMAS juga membantah beberapa perjanjian yang ditandatangani antara Pihak Berkuasa Palestin Ramallah dengan zionis dan meminta supaya dirombak.

Rentetan itu, Amir Qatar menyatakan usaha-usaha yang dijalankan menuju ke arah itu.

Ridhwan juga mengungkapkan harapannya agar Gaza dibebaskan dari sekatan dengan mekanisme yang berupa tindakan. Tambahan pula, laporan Goldstone mengungkapkan sekatan ke atas Gaza adalah jenayah perang.

Mengenai isu pemulihan dalaman Palestin dan Al-Quds, Ismail Ridhwan menyatakan Qatar yang juga merupakan anggota dalam Panitia Arab yang berlangsung ketika Persidangan Kemuncak Arab di Sirt, Libya bulan lalu telah bergerak bagi menjayakan isu-isu berkenaan. Bagaimanapun Ridhwan menafikan dengan peranan Qatar ini telah menukar peranan Mesir.

Beliau menjelaskan lagi, bahawa dengan peranan Qatar juga boleh mendapatkan gambaran mekanisme yang boleh diterima semua pihak agar permuafakatan ini tercapai, tetapi yang lebih penting masa ini penghalang tercapainya permuafakatan antara HAMAS dengan FATAH adalah 'veto Amerika dan Israel'.

Jelas beliau lagi, pentadbiran Amerika mahu permuafakatan antara HAMAS dan FATAH mestilah mengikut syarat-syaratnya. Sedemikian itu, dalam kunjungan-kunjungan rasmi ke luar, Menteri Luar Amerika, Hillary Clinton dan utusan Amerika di Timur Tengah, George Mitchell sering menyebut tentang syarat-syarat ini. Sumber 10/04/2010, web berita Al-Jazeerah

Terkini 10.39 pm : Keputusan Rasmi Pilihanraya PMRAM

Author: Ibnu Ir Fadzil | at : 10:39 PM |

Keputusan telah diumumkan oleh Pengarah SPR. Berikut ialah senarai calon dan bilangan undian mereka :

1. Ustaz Muhammad Yusof Abd Kadir : 861 (menang)

2. Ustaz Mohd Zahid bin Abu Bakar : 848 (menang)

3. Ustaz Abdul Aziz bin Ali : 826 (menang)

4. Ustaz Muaz bin Syukri : 173

5. Ustaz Aminuddin bin Alias : 226

6. Ustaz Syeikh Mujahid bin Syeikh Nawawi : 860 (menang)

7. Ustaz Mohd Faizuddin bin Ghazali : 877 (menang)

8. Ustaz Mohammad al Hidayat bin Khalid : 861 (menang)

9. Ustaz Hanif bin Haron : 158

10. Ustaz Solehuddin bin Mohd Safien : 852 (menang)

11. Ustaz Ahmad Huzaifah Fauzi : 821 (menang)

12. Ustaz Firdauz bin Noh : 830 (menang)

Jumlah ahli PMRAM yang layak mengundi = 1445 orang
Jumlah ahli yang keluar mengundi = 920 orang (63.7%)
8 Undi Rosak