Majlis Menteri Kabinet bagi Hal-Ehwal Politik dan Keamanan Israel telah membuat ketetapan meringankan sekatan dari laluan darat tanpa membuka kesemua sekali sekatan yang dikenakan ke atas Gaza sejak empat tahun yang lalu.

Ketetapan Israel itu setelah pertemuan dan perjumpaan yang diadakan secara kerap bagi membincangkan jalan-jalan meringankan sekatan bagi menepis kecaman-kecaman yang berterusan ekoran serangan berdarah ke atas armada pembebasan pada akhir bulan Mei.
Gambar(Al-Jazeerah): Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel berada di tengah.
Kesepakatan suara dari Majlis Menteri itu telah memutuskan bahawa kesemua jenis barang-barang makanan dibenarkan masuk ke Gaza dan juga ditetapkan bahan-bahan yang ditegah masuk kerana mendakwa digunakan untuk logistik ketenteraan gerakan HAMAS.
Sebagaimana diputuskan juga, penambahan barang yang dibenarkan masuk ke Gaza iaitu bahan binaan seperti simen dan besi untuk program pembinaan yang di bawah seliaan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa sahaja. Israel meminta supaya bahan-bahan binaan itu dikawal ketat agar tidak sampai kepada gerakan HAMAS dan beberapa kumpulan pejuang Palestin. Manakala, sekatan laut ke atas Gaza dikekalkan.
Sebagaimana dinyatakan dari sumber Israel(peringkat atasan) bahawa Netanyahu dan Menteri Perang Israel, Ehud Barak cuba meyakinkan anggota-anggota Majlis Kabinet Menteri dengan pengoperasian pemeriksaan kapal-kapal pemecah sekatan yang menuju ke Gaza sebelum dibenarkan memasuki Gaza, namun pengoperasian ini dibantah dengan majoriti suara.

Sementara itu, sumber dari Israel yang lain pula menyebut, Majlis Kabinet Menteri Israel tidak lagi berjaya menetapkan mekanisme untuk kemasukan bahan-bahan binaan ke Gaza meskipun telah memutuskan bahan binaan dibenarkan masuk untuk program pembangunan Pertubuhan Antarabangsa di Gaza.
Sekatan gagal
Berhubung pembukaan sebahagian sekatan ke atas Gaza setelahmana Israel mengakui sekatan ini gagal mencapai matlamatnya. Antaranya, menjatuhkan kekuasaan HAMAS.
Yitzhak Herzog(portfolio Menteri Kebajikan dan Sosial Masyarakat) turut menjelaskan bahawa sekatan yang dikenakan ke atas Gaza, 'tidak memberikan apa-apa nilai kepada Israel, bahkan ia mencetuskan krisis permasalahan yang besar dari sudut diplomasi malah turut berkait dengan perspektif umum.'
Sementara itu, Menteri Perhubungan, Yisrael Kats mengakui dengan sekatan - yang dikenakan oleh Israel dan Mesir ke atas Gaza - tidak mencapai tujuannya.

Buka keseluruhan
Dari pihak HAMAS pula membantah sekerasnya langkah-langkah yang dinyatakan Israel malah HAMAS mendesak sekatan mesti dibuka secara keseluruhan.
Tahir Nunu(gambar di sebelah kanan), jurucakap rasmi Kerajaan Palestin di Gaza berkata, 'langkah-langkah baru Israel bagi meringankan sekatan adalah percubaan dari mengalih desakan antarabangsa bagi membebaskan Gaza dari sekatan.' Sumber 17/06/10, web berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps
Makluman: Pihak MAP mohon maaf kerana hanya meletakkan pendirian HAMAS dan Kerajaan Palestin Gaza sahaja. Sebenarnya ada lagi beberapa pihak yang menyatakan pendirian berhubung langkah-langkah meringankan sekatan ke atas Gaza - (musim peperiksaan), 'May Allah help us on his straight path', InsyaAllah.