15 Julai 2010

Lieberman setuju berjumpa dengan Omar Sulaiman

AN-NASIRAH, - Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman bersetuju untuk mengadakan perjumpaan dengan Omar Sulaiman, Ketua Bahagian Perisikan Mesir yang dijadualkan lokasi pertemuan di Tel-Aviv, namun belum diumumkan masa dan hari pertemuan itu.

Menurut laman web berita 'Ma'arev' Israel berbahasa hebrew(Ibrani), Menteri Luar Israel(kiri) menghubungi Omar Sulaiman(kanan) pada waktu tengahari tadi. Dalam perbualan telefon, Lieberman mengucapkan terima kasih kerana peranan Mesir yang cukup besar dalam hubungan kerjasama dengan Israel. Tambahan pula, berkaitan dengan kapal 'Amal' Libya yang mahu memecahkan sekatan di Gaza.

Kapal 'Amal' Libya telah memunggahkan barang-barang bantuan di pelabuhan 'Arish, Mesir pagi Khamis setelah penjajah memaksanya mengubah laluan.

Ketika perbualan, Lieberman berkata, 'hubungan kerjasama antara Israel dengan Mesir amat baik kerana telah memberikan kesan yang memberansangkan dengan perubahan arah tuju kapal Amal ke pelabuhan 'Arish tanpa menggunakan sebarang kekerasan dan wujud sebarang kecederaan.'

Ma'arev menyatakan, Menteri Luar Israel memaklumkan kepada Omar Sulaiman mengenai intisari dasar polisi yang baru terhadap Semenanjung Gaza seiring dengan keputusan melonggarkan sekatan ke atas Gaza. Kemudian, kedua-dua pihak bersetuju mengadakan pertemuan di Tel-Aviv.

Berita mengenai pertemuan kali kedua antara dua pihak telah diuar-uarkan, sebagaimana dalam perjumpaan yang lalu di Al-Quds, kedua-dua pihak telah bertemu bagi menyelesaikan perselisihan berhubung konflik yang menjejaskan hubungan antara Mesir dengan Israel disebabkan kenyataan-kenyataan Lieberman.

Tambah lagi, Avigdor Lieberman juga tidak mendapat penghormatan malah tidak dialu-alukan berkunjung ke Mesir sepertimana Menteri-menteri penjajah yang lain. Hal tersebut sebagai balas kenyataan Lieberman yang secara langsung mensasarkan peribadi Presiden Mesir, Housni Mubarak pada tahun lalu, Lieberman berkata, 'pergi mampus Mubarak, jika dia sendiri tidak bersusah-payah berkunjung ke Israel.'

Sehinggalah sebelum menjawat Menteri Luar Israel, Lieberman menimbulkan lagi kemarahan penduduk Mesir dengan kenyataannya, 'Israel boleh sangat mengebom empangan Aswan jika berlaku perang dengan Mesir.'

Berhubung dengan kenyataan tersebut, pemimpin-pemimpin penjajah telah memohon maaf kepada Mesir. Sumber 15/07/2010, web berita safa.ps

Delegasi perubatan Indonesia tiba di Gaza

Sumber melaporkan, sebuah delegasi perubatan Indonesia tiba di Gaza petang Khamis melalui sempadan Rafah Mesir.

Delegasi tersebut terdiri dari 9 orang doktor yang akan menjalankan rawatan pembedahan ke atas pesakit-pesakit Palestin di hospital Eropah Gaza. Sumber 15/07/2010, jam 07.35 malam, Palestin/Mesir, web berita safa.ps

Mitchell bertemu Barak sebelum berjumpa dengan Abbas

AN-NASIRAH, - Menteri Perang(pertahanan) Israel, Ehud Barak dijadualkan bertemu dengan George Mitchell, utusan damai Amerika Syarikat(US) di Timur Tengah petang Khamis di Al-Quds.

Pertemuan tersebut membincangkan perkembangan terkini mengenai beberapa peringkat rundingan damai secara tidak langsung antara Palestin - Israel.

Menurut radio Israel, sepertimana yang diuar-uarkan bahawa kunjungan Mitchell ke rantau ini sebagai peranan 'pihak tengah' dalam usaha rundingan - antara dua pihak - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Al-Quds sebelum bertolak ke Ramallah pada hari Sabtu untuk bertemu dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS).

Sumber Israel turut menjangkakan bahawa rundingan damai secara langsung antara pihak Israel dengan Palestin akan diadakan semula dalam masa beberapa minggu yang terdekat, dan rundingan tersebut akan membincangkan dua permasalahan; keamanan dan persempadanan sebelum membincangkan lebih lanjut mengenai permasalahan yang berbaki. Sumber 15/07/2010, web berita safa.ps

Tentera penjajah tangkap 13 penduduk Palestin di Tebing Barat

Awal pagi tadi, tentera-tentera penjajah telah menangkap 13 penduduk Palestin di Tebing Barat. Berita dari sumber Israel melaporkan, bahawa 'mereka-mereka yang dikehendaki' telah dibawa ke bahagian keselamatan yang dikhususkan untuk menjalankan siasatan.

Laman web berita 'Yediot Ahronot' Israel menjelaskan penangkapan tersebut dilakukan di Nablus, Qalqiliah, dan Ramallah tanpa dijelaskan sama ada mereka yang ditangkap terlibat dalam mana-mana parti atau gerakan politik.

Tentera Israel melancarkan operasi penangkapan dan rempuhan hampir setiap hari di Tebing Barat yang bertujuan menjejaki aktivis-aktivis Palestin dengan alasan 'dikehendaki'. Sumber 15/07/2010, web berita Palestine48(Pls48)

Roboh 2 rumah di selatan Khalil

KHALIL(HEBRON) - Sambil diawasi tentera Israel, jentolak Israel telah merobohkan dua buah rumah penduduk Palestin pagi tadi di kampung Abu Al-Arqan yang terletak di selatan bandar Dura, Khalil di Tebing Barat.

Sebagaimana sumber menjelaskan, dua buah rumah yang diroboh milik kepada Mustafa Ibrahim As-Shawamirah dan Fathi Mahmud As-Shawamirah. Kedua-dua buah rumah mempunyai keluasan lebih dari 150 meter persegi yang didiami 12 orang ahli keluarga.

Agensi berita mengungkapkan bahawa dua buah keluarga ini telah memperolehi pengakuan dari mahkamah Israel sebelum ini yang rumah tersebut tidak akan dirobohkan, tetapi mereka dikejutkan pada pagi ini dengan tindakan penjajah yang meroboh rumah mereka. Sumber 15/07/2010, web berita safa.ps