16 Julai 2010

Mesir bebas dua pejuang JIHAD ISLAMI

RAFAH - Pihak Berkuasa Mesir telah membebaskan dua tahanan dari gerakan JIHAD ISLAMI Palestin yang ditahan dalam penjara Mesir sejak beberapa bulan yang lalu.

Sumber khas yang memaklumkan kepada agensi berita menyatakan dua tahanan yang dibebaskan; Talal Abd 'Al dan Ahmad Hujjaj telah tiba di Gaza melalui sempadan Rafah. Dijelaskan lagi, Pihak Berkuasa Mesir telah memudahkan pembebasan kedua tahanan tersebut setelah ditahan selama dua bulan dalam penjara Mesir.

Dua minggu yang lalu, Pihak Berkuasa Mesir telah membebaskan dua tahanan gerakan JIHAD ISLAMI, iaitu Hamzah Humaid dan Ubaidah Al-Gharably, namun hampir 10 lagi tahanan dari gerakan JIHAD ISLAMI dikurung dalam penjara-penjara Mesir.

Perkembangan terbaru yang disebut, bahawa delegasi gerakan JIHAD ISLAMI diketuai Nafeez Azam telah berkunjung ke Kaherah dua bulan yang lalu bertujuan membincangkan beberapa isu dan permasalahan yang berkaitan antara JIHAD ISLAMI dengan Mesir, dan isu yang utama adalah berkenaan isu tahanan. Sumber 16/07/2010, web berita safa.ps

Delegasi perubatan Malaysia tiba di Gaza

Sumber melaporkan pada jam 06.08 petang, Palestin/Mesir bahawa sebuah delegasi perubatan dari Malaysia telah tiba ke Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah setelah Pihak Berkuasa Mesir memberi kebenaran memasuki ke Gaza.

Delegasi perubatan Malaysia terdiri dari 9 orang anggota Bulan Sabit Merah Malaysia.

Menurut agensi berita menyatakan, 'wakil Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin menyambut ketibaan delegasi Malaysia di sempadan Rafah.'

Sumber turut menyebut, kebiasaannya delegasi-delegasi perubatan yang memasuki Gaza adalah untuk menjalankan rawatan pembedahan mengikut jadual kerja dan melatih skuad perubatan tempatan. Lebih dari itu, delegasi perubatan turut ingin mengetahui tentang sektor kesihatan di Gaza yang terjejas teruk akibat sekatan Israel yang berterusan ke atas Gaza sejak empat tahun yang lalu. Web berita safa.ps, 16/07/2010

Jentera perang Israel bedil beberapa buah rumah di timur Khan Yunus

KHAN-YUNUS, - Sumber melaporkan, jentera perang Israel telah membedil beberapa buah penduduk Gaza yang terletak di timur Khan Yunus dengan menghujani tembakan machine-gun.

Wakil agensi berita memaklumkan bahawa 4 buah jentolak dan 3 buah jentera perang Israel bergerak dari pos kawalan tentera Kissufim menuju bawwabah Furaij untuk memulakan meratakan tanah-tanah pertanian dan melakukan operasi mengesan. Sumber 16/07/2010, jam 08.46 pagi, Palestin/Mesir, web berita safa.ps