23 Julai 2010

Kami akan lepaskan Gaza dari sekatan apabila terhentinya keganasan - Perez

AL-QUDS, - Presiden Negara Penjajah(Israel), Simon Perez(gambar) mendakwa semalam bahawa Israel akan melepaskan Gaza dari sekatan yang dikenakan apabila kegiatan yang dikenali 'keganasan' dihentikan.

Perez turut mencemuh pendirian masyarakat antarabangsa berhubung serangan berdarah yang dilakukan oleh Israel ke atas kapal Mavi Marmara Turki yang cuba berusaha mematahkan sekatan Gaza dua bulan yang lalu.

Presiden Israel itu turut menyebut bahawa Israel kini berhadapan dengan pendiskriminasian di peringkat PBB(UN) berikutan kewujudan pengaruh pihak-pihak yang berbahaya dalam Badan-badan antarabangsa.

Perez berkata sedemikian ketika mengadakan kunjungan rasmi ke Slovenia selama dua hari yang memfokuskan mengenai hubungan dua hala antara dua Negara tersebut. Sumber 23/07/2010, web berita safa.ps

Tazkirah: Because He Is A Muslim

Ingin tahu apa yang terkandung di dalamnya? Sila klik di sini


Kiriman dari YM yang dikenali 'fatin'. Semoga kita selaku umat Islam mendapat manfaat yang terbaik dari tazkirah ini. Sekian.

Israel ceroboh lagi timur Rafah

RAFAH - Sumber melaporkan, beberapa buah jentera perang Israel telah menceroboh dengan skala terhad di Hayyu Nahdhah, timur Rafah, selatan Gaza pada waktu asar tadi. Dalam pencerobohan itu, jentera perang Israel turut melepaskan tembakan ke arah rumah-rumah penduduk Palestin.

Agensi berita menjelaskan bahawa tiga buah jentera perang Israel mengiringi dua buah jentolak sejauh 200 meter ke dalam tanah penduduk Gaza yang setentang dengan garisan sempadan.

Sebagaimana dijelaskan, jentera perang Israel yang menceroboh ke timur Rafah telah melepaskan tembakan ke arah beberapa buah rumah penduduk Gaza yang berhampiran dengan kawasan tersebut. Namun, sumber tidak pula melaporkan wujudnya sebarang kecederaan mahupun luka parah di kalangan penduduk Gaza tetapi dalam masa yang sama, jentolak-jentolak Israel menjalankan operasi meratakan tanah dan menjalankan pengesanan di kawasan berkenaan. Sumber 23/07/2010, web berita safa.ps