02 Ogos 2010

Palestin di KEKAL'10

Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM
Sempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan(PMHK) kali ke-53


Komuniti MAP 2010 tetap tegar dengan isu yang dibawa meskipun wujud berbagai kekurangan yang tidak dinafikan.

Sempena dengan perjalanan program KEKAL'10 yang dianjurkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM), kami turut dilibatkan malah amat mengharap supaya dapat melibatkan diri dalam pameran. Kali ini, kami tidak bersendirian tetapi ditemani oleh beberapa kumpulan lain yang banyak jumlahnya untuk mengadakan pameran mengikut bidang masing-masing.

Dengan itu, kami menjemput semua mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Mesir agar ada kelapangan mengadakan kunjungan ke tapak pameran MAP.

Sebagaimana yang dimaklumkan secara rasmi, pameran akan bermula pada esok hari 3 Ogos, jam 12 tengahari sehingga 5 Ogos 2010.

Sempena KEKAL'10, kami ada menambah beberapa maklumat yang dilihat penting dan wajar untuk dipersembahkan kepada khalayak warga Malaysia di Mesir.

Sesungguhnya, pameran demi pameran tidak akan bermakna tanpa kehadiran anda semua.

Lebih 30 cedera dalam letupan di pertengahan Gaza

Lebih dari 30 penduduk Gaza di Deir Balah mengalami kecederaan dalam satu letupan yang berlaku di sebuah rumah komander KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera HAMAS.

Sumber berita safa melaporkan bahawa peningkatan jumlah kecederaan dikalangan penduduk Gaza terus meningkat ke 35 orang mangsa dalam letupan terbabit.

Pengerusi Am bantuan cemas di Kementerian Kesihatan Gaza, Dr.Muawiyah Husnain ketika dihubungi melalui telefon menyifatkan keadaan penduduk Palestin yang cedera ada yang tahap ringan dan pertengahan, namun ada seorang mangsa yang mengalami luka parah di tahap kritikal dan telah dimasukkan ke bilik pembedahan di hospital 'Syuhada Al-Aqsa' untuk menyelamatkannya.

Sumber menjelaskan, rumah pejuang Al-Qassam tersebut hancur musnah serta 12 buah rumah yang berjiran turut mengalami kerosakan.

Web berita safa.ps dan Al-Jazeerah melaporkan dari sumber Palestin bahawa letupan tersebut berpunca dari serangan pesawat tentera Israel tetapi tentera Israel menafikan sebarang kaitan dengan letupan itu.

Sementara itu, sumber dari berita Al-Jazeerah menyatakan sebelum letupan, beberapa buah pesawat tempur Israel kelihatan mengadakan tinjauan secara kerap di ruang udara Gaza.

Memetik sumber dari HAMAS menyatakan komander Al-Qassam berkenaan terselamat dari letupan.

Dinyatakan lagi, letupan ke atas rumah milik keluarga '
الدنف
' komander Al-Qassam ketikamana peningkatan serangan Israel. Hal tersebut turut dimaklumkan oleh pemimpin HAMAS dalam kenyataan akhbar yang mengingatkan tentang gelombang tentangan yang baru dari pihak penjajah.

Setelah kejadian letupan, sebahagian besar unit keamanan Palestin dan pasukan bantuan cemas serta bomba bergegas ke tempat kejadian. Sumber 02/08/2010, web berita Al-Jazeera dan web berita safa.net