NEW YORK - Majlis Keselamatan Antarabangsa pagi ini mengadakan pertemuan tertutup yang diketuai Rusia. Sebagaimana di sebut, pertemuan Majlis Keselamatan ini adalah permintaan Lubnan yang juga merupakan anggota Majlis Keselamatan.
Pertemuan tertutup itu membincangkan mengenai serangan Israel ke atas Lubnan dan pertempuran yang meletus antara tentera Lubnan dan Israel semalam.
Sumber melaporkan dalam pertempuran semalam, empat tentera Lubnan terkorban ketika menghadang pencerobohan Israel di selatan Lubnan. Berikutan itu, pertempuran sengit meletus antara dua pihak selepas waktu zohor. Dilaporkan, seorang pegawai tinggi tentera Israel maut dalam pertempuran.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon menggesa tentera Israel dan Lubnan agar menenangkan diri. Sumber 04/08/2010, web berita safa.ps