(Berita Ringkas)Menurut web berita al-Jazeera, delegasi Britain yang terdiri dari 3 ahli parlimen telah tiba di Semenanjung Gaza. Sumber 07/08/2010, web berita Al-Jazeerah
07 Ogos 2010
Mavi Marmara telah tiba di pelabuhan Iskenderun

ISKENDERUN - Sumber melaporkan kapal bantuan Mavi Marmara 'Turki' dan kapal Defne-Y telah tiba di pelabuhan Iskenderun, Turki setelah dua bulan ditahan pihak zionis.
Akhirnya, tentera Israel memutuskan membebaskan kapal Turki setelahmana tindakan Turki di peringkat diplomasi yang tidak pernah henti mendesak supaya melepaskan Mavi Marmara. Sumber 07/08/2010, web berita safa.ps dan web berita TRT(Turkey)
Radig tiba di Kaherah
KAHERAH - Rombongan misi konvoi Ramadhan di Gaza(Radig) yang dijadualkan akan memasuki Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah Mesir pada 9 Ogos ini telah tiba di Kaherah pada waktu tengahari tadi.
Ketua delegasi, Encik Azmi Abdul Hamid atau cikgu Azmi mengulas beberapa persoalan ketika ditemui wartawan MAP pada jam 1.15 petang, Mesir/Palestin.
Mengenai misi kemanusiaan, sebagaimana yang telah dilaporkan oleh sumber harakahdaily, cikgu Azmi menyebut kesan dari itu adalah untuk perpaduan dan membuktikan sokongan rakyat Malaysia terhadap penduduk Palestin di Gaza. Lebih dari itu, kesan lain adalah kepada Israel iaitu sebagai usaha untuk menamatkan sekatan Israel ke atas Gaza.
Mengulas misi untuk jangka masa yang panjang, cikgu Azmi menyebut beberapa perancangan iaitu program masjid berkembar antara Malaysia dengan Gaza, institusi pendidikan berkembar dan pembinaan sebuah hospital kanak-kanak di Gaza, menurut beliau.
Berhubung dengan kebenaran untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah Mesir, cikgu Azmi turut menyebut bahawa pihaknya telah mengusahakan tindakan yang sewajarnya, iaitu:
1) Pihak Radig telah meminta kebenaran dari Kementerian Luar Mesir. Kesan dari itu, pihak Kementerian tersebut memberi jawab balas secara lisan. Namun pihak Radig menyatakan jawab balas itu adalah positif.
2) Memaklumkan tentang misi kemanusiaan Radig kepada Pertubuhan Bulan Sabit Merah Mesir.
3) Meminta kebenaran dari kedutaan besar Mesir ke Malaysia di Kuala Lumpur dan telah mendapat jawab balas secara bertulis.
4) Turut memaklumkan kepada pejabat OIC di Kaherah dan Gaza.
5) Mengutus surat kepada pejabat PBB di Geneva. Secara langsung memaklumkan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon. Malah turut memaklumkan kepada pejabat PBB di Kuala Lumpur.
6) Radig memaklumkan kepada Sekretariat Asia dan mendapat sokongan untuk misi kemanusiaan ini.
7) Radig juga memaklumkan kepada pertubuhan Free Gaza Movement dan turut mendapat sokongan.
8) Radig juga telah memaklumkan kepada Wisma Putra, Malaysia dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.
Menyentuh pengalaman mengendalikan proses ini, cikgu Azmi menyatakan bahawa ia adalah satu pengalaman yang unik kerana mengajar untuk menyusun sebuah usaha penggembelengan di beberapa peringkat sehinggalah peringkat antarabangsa.
Ketika membuka pendaftaran untuk penyertaan sukarelawan ke Gaza, cikgu Azmi berkata, sokongan rakyat amat menggalakkan. Berikutan itu, 700 permohonan dari rakyat Malaysia telah dikemukakan untuk menyertai rombongan ini tetapi hanya 45 orang sahaja yang boleh mengikuti rombongan Radig ke Gaza.
Wartawan MAP turut menemui beberapa pihak media, antaranya astro awani, Ashwad Ismail, wartawan dari TV Selangor dan lain-lain lagi.
Sebelum pihak rombongan Radig berangkat ke tempat penginapan sementara, cikgu Azmi mengajak seluruh masyarakat dunia untuk mendesak agar dikembalikan hak-hak Palestin.- MAP
Pautan lain:
Stesen janakuasa elektrik Gaza terhenti
Terkini, jam 11.45 pagi Mesir/Palestin: Menurut laporan al-jazeerah, stesen janakuasa elektrik utama di Semenanjung Gaza telah terhenti operasinya kerana kehabisan bahan bakar yang diperlukan bagi menghidupkan janakuasa itu. Sumber 07/08/2010, web berita Al-Jazeerah
Tangkap 3 Palestin di pos keselamatan 'Iraq Buren
NABLUS - Awal pagi tadi, sepasukan tentera penjajah telah menangkap tiga penduduk Palestin yang berasal dari kampung 'Iraq Buren, selatan Nablus di pos keselamatan tentera yang didirikan di jalan masuk kampung terbabit.
Pengerusi Majlis Jawatankuasa Kampung 'Iraq Buren, Abdul Rahim Qadus berkata kepada agensi berita safa, tentera penjajah mengenakan kawalan keselamatan di kampung 'Iraq Buren sejak beberapa jam awal pagi tadi malah menghalang penduduk dari memasuki kampung tersebut, namun tentera penjajah membenarkan penduduk keluar.
Tambah Qadus, tentera penjajah telah menangkap tiga pemuda dari kampung berkenaan di pos kawalan tentera dan membiarkan mereka di bawah pohon zaitun sambil tangan mereka diikat di jalan masuk ke kampung tersebut.
Sumber menjelaskan, sejumlah besar tentera penjajah bertebaran di bahagian selatan kampung 'Iraq Buren berikutan sejakpagi tadi penduduk kampung bersedia untuk mengadakan perarakan bagi membantah penempatan Israel.
Tentera penjajah mengumumkan kampung 'Iraq Buren adalah zon tentera setiap hari sabtu seiring dengan perarakan yang diadakan oleh penduduk kampung. Penjajah juga menghalang para wartawan dan media serta aktivis keamanan luar dari memasuki kampung tersebut. Sumber 07/08/2010, web berita safa.ps
45 peserta Ramadhan di Gaza berlepas malam ini
Pautan berita dari Harakahdaily
Berita semalam:
KUALA LUMPUR, 6 Ogos: Seramai 45 peserta misi konvoi Ramadhan di Gaza (Radig) akan berlepas malam ini ke Kaherah, sebelum memasuki Gaza pada 9 Ogos ini.
Misi kemanusiaan ini adalah anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia(Mapim).
Menurut ketua delegasi Radig, Mohd Azmi Abdul Hamid yang juga setiausaha Mapim, kesemua peserta Radig dijangka berada di Gaza selama seminggu, sebelum kembali ke Malaysia pada 18 Ogos.
"Malam ini kita berlepas dari KLIA dan transit di Amman sebelum sampai di Kaherah esok pagi. 8 haribulan pagi kita bertolak dengan menaiki empat buah van ke Arish yang mengambil masa enam jam perjalanan.
Pihak Berkuasa Mesir temui lebih 500 terowong bawah tanah di sempadan Gaza-Mesir
Berita semalam:
BET LEHEM - Sumber media melaporkan bahawa Pihak Berkuasa Mesir telah menemui lebih 500 terowong bawah tanah di sempadan antara Gaza dan Mesir pada tahun ini.
Memetik dari sumber 'El-Youm As-Sabie' Mesir yang menukilkan kenyataan Pihak Keselamatan Mesir di Rafah yang telah melancarkan misi keamanan pada Khamis lalu. Dalam misi tersebut, Pihak Keselamatan Mesir telah berjaya menemui 8 buah terowong bawah tanah di pertengahan(bawah tanah) pintu gerbang Salahuddin. Selain itu, Pihak Keselamatan Mesir merampas hampir 70 tan simen yang berada berdekatan di sebahagian terowong bawah tanah yang dipercayai belum diseludupkan lagi ke Semenanjung Gaza. Sumber 06/08/2010, web berita maan