KHALIL(HEBRON) - Setelah beberapa buah rumah Palestin dipecah masuk, sepasukan tentera penjajah(zionis Israel) menangkap 3 penduduk Palestin di kampung Baq'ah yang terletak di timur Wilayah Khalil, Tebing Barat.
Sumber yang menyampaikan kepada agensi berita 'Safa' menyebut bahawa, penduduk Palestin yang ditangkap penjajah adalah 'Ahid Hisham Mustafa Jabir berserta dua saudaranya, Mahmud dan Mehnad Muhammad Mustafa Jabir. Setelah itu, mereka dibawa ke arah yang tidak di ketahui.
Sementara itu, seorang penduduk Palestin, Sameer Naif Ar-Roujbi telah dimasukkan ke hospital di Khalil berikutan kecederaan yang dialaminya setelah dipukul oleh tentera penjajah berdekatan Masjid Nabi Ibrahim a.s.
Di Mukhayyam Al-Arub, utara Khalil, sebuah pertempuran meletus antara pelajar perempuan Palestin dengan tentera penjajah. Dalam kejadian itu, tentera penjajah melepaskan tembakan peluru getah, bom gas dan sound-bom ke arah penduduk Palestin. Sumber 26/08/2010, web berita safa.ps



