RAMALLAH - Ketika berlangsungnya sebuah perarakan menentang tembok pemisah dan penempatan Yahudi di Ni'lain, tentera rejim zionis(penjajah) telah memberkas seorang aktivis Hak Asasi Israel serta seorang pasukan penyelamat dan seorang jurugambar.
Menurut saksi, tentera penjajah menahan jurucakap pertubuhan 'B'Tselem' Israel, ساريت ميخائيل, jurugambar jawatankuasa media bawah Panitia Masyarakat di Ni'lain, Muhammad Abu Umairah dan seorang petugas dari pasukan keselamatan Bulan Sabit Merah Palestin.
Sekumpulan dari tentera penjajah mengasak para penunjuk perasaan di sebuah bukit yang berhampiran di Ni'lain serta melepaskan tembakan gas pemedih mata. Sehingga kini, tiada laporan mengenai kecederaan.
Perarakan mingguan tersebut bermula sebaik sahaja selepas solat Jumaat yang mengambil lokasi di pertengahan bandar kecil Ni'lain berhampiran Ramallah. Para penunjuk perasaan membawa sepanduk yang tertera kecaman terhadap dasar polisi Israel berhubung penempatan Yahudi malah turut membawa potret para tahanan dari kumpulan Pertahanan Masyarakat dan bendera Palestin.
3 tentera penjajah cedera
Sementara itu, sumber melaporkan sebuah lagi perarakan mingguan berlangsung di kampung Nabi Saleh yang terletak di barat laut Ramallah, Tebing Barat.
Perarakan tersebut juga bermula selepas solat Jumaat disertai berpuluh-puluh orang aktivis luar dan penduduk kampung menuju ke kawasan menara kawalan tentera dan pintu masuk ke kampung tersebut.
Para penunjuk perasaan mengecam tentangan dari rejim zionis dan mendesak pihak antarabangsa campur tangan bagi melindungi penduduk Palestin dari kecelakaan rejim zionis.
Tentera penjajah bertindak menyuraikan perarakan tersebut dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan sound-bom bagi menghalang perarakan tersebut dari terus mara menuju ke tanah-tanah Palestin yang dirampas dan telah dikuasai oleh penduduk Israel.
Saksi kejadian menceritakan bahawa pemuda-pemuda Palestin yang menyertai perarakan tersebut bertindak balas dengan melontar batu ke arah tentera penjajah, sekaligus mengakibatkan 3 orang tentera penjajah cedera. Bagaimanapun, berpuluh-puluh dari penunjuk perasaan mengalami sesak nafas. Sumber 27/08/2010, web berita safa.ps




.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


