GAZA - Kerajaan Mesir(Republik Arab Mesir) telah memutuskan penutupan sempadan Rafah sepanjang Aidilfitri bagi sebarang keluar masuk kepada penduduk Palestin.
Sumber keamanan Mesir menjelaskan kepada media Mesir 'Al-Sharq Al-Awsat' hari ini, keputusan penutupan ini bermula pada hari jumaat, 9/10/2010 sebagai hari cuti kepada pekerja-pekerja di sempadan.
Ketetapan ini adalah kali pertama Kerajaan Mesir menutup sempadan sejak Presiden Mesir, Muhammad Housni Mubarak membuat keputusan membuka sempadan Rafah Mesir pada awal bulan jun lalu ekoran serangan berdarah rejim zionis ke atas armada pembebasan(freedom flotilla).
Sebagaimana yang dinyatakan, keputusan membuka sempadan secara berterusan itu dikhususkan untuk bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin.
Berdasarkan arkib maklumat MAP, ketetapan pembukaan sempadan awal bulan jun secara berterusan setelahmana tiga tahun sempadan Rafah ditutup berikutan konflik perpecahan dalaman Palestin semasa tahun 2007. Ada media menyebut konflik itu 'rampasan kuasa', namun dari sudut lain adanya kewajaran tindakan itu yang dipertahankan oleh satu-satu pihak.
Ketetapan rasmi dari Presiden Mesir pada awal jun lalu telah membolehkan puluhan ribu penduduk Palestin dapat keluar masuk Gaza melalui sempadan Rafah.
Sementara itu, sumber rasmi Palestin 'Wafa' melaporkan Mahmoud Abbas telah memutuskan sebilangan dari tahanan penjara Pihak Keselamatan Palestin, Tebing Barat dibebaskan.
Wafa menjelaskan keputusan yang diumumkan itu adalah sempena menyambut perayaan Aidilfitri.
Namun, setakat ini, sumber dari agensi berita 'Safa' tidak memperincikan mengenai tahanan yang akan dibebaskan. Sumber 05/09/2010, web berita safa.ps

