08 September 2010

Persefahaman bekukan penempatan secara tenang

AN-NASIRAH, - Akhbar "Haaretz" versi hebrew menukilkan dalam edisi terbitannya hari ini bahawa wakil dari kerajaan penjajah telah mencapai persetujuan dan persefahaman mengenai mekanisme baru untuk membekukan penempatan Israel di tanah-tanah Palestin di Tebing Barat, tetapi kali ini pembekuan secara 'tenang'.

Haaretz menyebut persefahaman itu telah menentukan bahawa wakil badan keamanan Kerajaan Israel mengemukakan hal tersebut di Tebing Barat mengenai kelulusan plan pembinaan unit perumahan yang baru. Dalam masa yang sama kerajaan penjajah mengesahkan bahawa ketetapan membekukan bina penempatan sebelum ini telah berakhir, dan tidak ada lagi ketetapan yang berulang pada kali ini.

Akhbar tersebut menjelaskan tempoh pembekuan penempatan Israel berakhir pada 30 September bulan ini dan bukannya pada 26 September seperti yang diwar-warkan.

Gambar(arkib safa): Penempatan Israel di tanah rampasan yang sedang dijalankan.

Memetik dari sumber terdekat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS), berkata, "pihak pemerintah Palestin tidak menerima hal yang mereka kemukakan malah tidak mengendahkan kenyataan-kenyataan lanjuran dari Israel, akan tetapi ia bergantung kepada pandangan yang meminta supaya bina penempatan ini dihentikan tercapai."

Berdasarkan undang-undang penjajah, pihak yang memberikan kelulusan serta membenarkan plan pembinaan penempatan mahupun arahan pembekuan adalah dari pegawai tentera yang diberikan kuasa mengurus di bahagian atase ketenteraan, Kementerian Pertahanan Israel.

Wakil Palestin telah menyatakan sepanjang rundingan damai ini berlangsung dengan penjajajah, Pemerintah Palestin Ramallah tidak dapat menerima sebarang tindakan yang hendak memisahkan Tebing Barat serta memperuntukkan kawalan ketenteraan malah memberikan keputusan akhir ke atas sempadan Palestin adalah zon tanpa senjata. Wakil Palestin membangkitkan yang sedemikian kerana tidak ada mana-mana Negara di dunia secara rasminya dapat hidup dalam keadaan ini, menurut apa yang diungkap.

Berikutan itu, Pemerintah Palestin di Ramallah akan menyetujui pengerahan tentera antarabangsa di sempadan Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Berikutan itu memberikan kepada mereka peluang yang besar serta medium yang berbeza dan bebas sebagaimana yang dirasai di selatan Lubnan. Sumber 08/09/2010, web berita safa.ps

'Hawn' gugur lagi di barat Naqab - penjajah

GAZA - Sumber dari radio am Israel menyebut satu lagi serangan peluru jenis 'hawn' gugur pagi ini ke salah sebuah perkampungan di barat Naqab.

Radio Israel menyatakan, peluru yang ditembak dari Semenanjung Gaza tidak mengakibatkan sebarang luka parah atau kerosakan harta benda.

Sehingga kini, tiada mana-mana kumpulan pejuang Palestin yang mengakui melancarkan serangan itu. Sumber 08/09/2010, web berita safa.ps

Penyerang operasi 'banjir api' ditangkap

AL-QUDS, - Sumber keamanan Palestin mendedahkan semalam bahawa Pihak Keselamatan Palestin Ramallah telah menangkap 6 individu yang disyaki terlibat dalam serangan tembakan minggu lepas berhampiran dua buah bandar, Khalil dan Ramallah, Tebing Barat.

Berikutan operasi serangan 'banjir api' yang membunuh 4 warga Israel dan mencederakan 2 lagi warga Israel, sebuah kumpulan pejuang Palestin, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera gerakan HAMAS telah mengumumkan bahawa pihaknya bertanggungjawab melancarkan serangan terbabit. Dari kejadian itu, Pemerintah Palestin Ramallah berazam bagi menghalang sebarang kejadian seumpama serangan banjir berlaku pada masa akan datang.
__________________________________________
Baca lagi:

__________________________________________

Dalam sebuah web akhbar Israel "Yediot Ahronot", sumber Palestin tersebut berkata, kesemua penyerang yang ditangkap itu berasal dari zon yang berada di bawah kawalan Pihak Keselamatan Palestin.
__________________________________________
Pautan lain:

__________________________________________

Terdahulu, laporan menyebut Pihak Keselamatan Palestin menemui sebuah kereta yang digunakan dalam operasi berkenaan selepas dua hari berlaku serangan itu.

Menukil dari siaran 7 Israel berkata, kereta yang digunakan dalam operasi serangan banjir api terus ditunda oleh Keselamatan Palestin kepada Pihak Keselamatan Israel yang menjalankan operasi pemeriksaan dan pengecaman. Sumber 08/09/2010, web berita safa.ps