16 September 2010

Shabra dan Shatila berlalu tanpa pengadilan

Tarikh:

18/11/1403 H bersamaan 16/09/1982 M dan berlanjutan sehingga 18/09/1982.

Lokasi: Shabra dan Shatil, iaitu kem pelarian Palestin yang terletak di barat di Lubnan.

Gambar(arkib yahoo): Sebahagian dari mangsa Palestin yang dibunuh oleh pengganas.

Pengganas: Rejim zionis dan militan Lubnan(kristian)

Slogan: "tanpa kemanusiaan"

Jumlah korban: 800 orang dari kalangan lelaki, wanita, dan kanak-kanak. Namun, dalam kajian mengatakan jumlah korban meningkat ke 3500 mangsa serangan kejam.

Tindakan dunia: Hanya mengecam dan mengkritik.

Kronologi penyembelihan: Tentera rejim zionis disokong militan pelampau kristian Lubnan mengepung terlebih dahulu kem pelarian Shabra dan Shatila pada 15/09/1982. Pada awalnya, rejim zionis khuatir untuk menyerang ke dalam kawasan-kawasan kerana serangan-serangan gerila, namun zionis meminta militan pelampau kristian Lubnan mengepum kem pelarian.

Situasi penyembelihan:

Kes yang dipetik dari seorang ibu yang terselamat dari penyembelihan ganas rejim zionis dan militan kristian Lubnan.

Ummu Ghaza Yunus Madhi, "kami tidak mendengar sebarang tembakan(05.30 pagi, 16/09/1982). Mereka(pengganas) hanya menggunakan terlebih dahulu kapak dan parang..kebanyakan mangsa serangan ganas dikambus hidup-hidup oleh jentolak zionis..susulan itu barulah tembakan..kami cuba melepaskan diri, namun suami dan 3 anakku telah disembelih. Suami dibunuh dalam bilik tidur, seorang anakku dibakar setelah mereka mematahkan kakinya, seorang lagi anakku dibunuh tanpa belas dan seorang lagi menghembuskan nafas dalam keadaan perutnya terburai."

Kata-kata syaitan:

1. Ariel Sharon membawa slogan, "tanpa kemanusiaan".

2. Komander militan pelampau kristian Lubnan berkata kepada pemberita sebuah media dari Amerika, "kami(pengganas) telah menanti waktu yang lama untuk merempuh masuk ke kem pelarian Palestin di barat Beirut, sebab itu kami dipilih oleh rejim zionis kerana kami lebih hebat dari rejim zionis dalam bentuk serangan rumah ke rumah."

Ketika ditanya tentang tawanan, komander ini hanya menjawab, "operasi bentuk ini bukannya yang perlu mencari tawanan."

Menukil lagi dari sumber, bahawa operasi penyembelihan ini turut melalui 3 bentuk yang dilakukan oleh militan kristian Lubnan dan dibantu rejim zionis:

Pertama: Kumpulan pembunuh dan pencabul

Mangsa penyembelihan di arah berbaris dalam sebuah stadium, lalu mereka dibunuh tanpa belas. Lebih tragis, sebilangan besar dari kalangan wanita telah dirogol. Seperti yang diceritakan dalam satu kejadian, sekumpulan wanita dan kanak-kanak mengangkat bendera putih sebagai menyerah diri, namun mereka dibunuh beramai-ramai.

Kedua: Serang hospital

Para pengganas menyerang hospital Gaza dan Aka yang terletak dalam kem pelarian tersebut. Doktor dan jururawat tidak dibiarkan hidup, mereka telah dibunuh. Seramai 40 jururawat dipaksa menaiki trak, kemudian jejak mereka tidak lagi ditemui.

Ketiga: Roboh rumah

Jentolak pengganas telah merobohkan beberapa buah rumah, kemudian menghala ke bahagian selatan di kem Shatila, lantas dengan sokongan bantuan rejim zionis, mereka menggali sebuah tanah perkuburan bertujuan untuk pembunuhan beramai-ramai. Penyembelihan tersebut sempena menyambut tahun baru Ibrani, Yahudi.

Sumber: Palestin dalam lampiran sejarah, Dr.Tareq Suweidan, cetakan pertama 2004, Kuwait.

3 lagi serangan zionis di Gaza

GAZA - Pesawat tempur rejim zionis terus melancarkan 3 serangan udara awal pagi Khamis(hari ini) yang mensasarkan beberapa kawasan berbeza di Semenanjung Gaza.

Sumber tempatan menyatakan, pesawat tempur zionis model F-16 melancarkan dua serangan misil ke atas sebuah lokasi latihan tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) yang terletak di barat bandar Rafah, selatan Gaza.

Jelas sumber, tiada luka parah dalam serangan itu kerana lokasi tersebut telah dikosongkan sebelum ini dan telah dijangka lokasi terbabit menjadi sasaran berikutan peningkatan ancaman-ancaman dari rejim zionis sejak kebelakangan ini.

Dalam serangan lain, pesawat tempur zionis mengebom sebuah kilang peralatan pertanian dan sabun di barat bandar Khan Yunus. Kesan serangan telah mengakibatkan kilang tersebut hancur musnah dan kebakaran besar malah beberapa buah rumah yang berdekatan kilang turut rosak.

Satu lagi serangan udara zionis mensasarkan sebuah kawasan tanah pertanian di timur Jabaliya, utara Semenanjung Gaza.

Memetik kenyataan jurucakap Perkhidmatan Perubatan di Gaza, Adham Abu Salmiah bahawa 'pengeboman zionis pagi ini tidak mengakibatkan sebarang luka parah.'

Sumber melaporkan, operasi serangan zionis ini berikutan dari serangan roket dan peluru mortar yang gugur semalam di selatan tanah jajahan 1948, namun tidak ada sebarang luka parah. Sumber 16/09/2010, berita Al-Jazeerah, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah

Rayu selamatkan seorang tahanan di Tubas

[Berita 15/09/2010]

Kelab Tahanan di Tubas merayu kepada Pertubuhan dan Badan-badan antarabangsa, Hak Asasi Manusia serta Palang Merah agar segera campur tangan demi menyelamatkan nyawa seorang tahanan Palestin, Abdul Majid Iqab Khudhairat. Tahanan Palestin tersebut mengalami susut berat badan yang berterusan malah kerap kali mengalami gangguan kesihatan tidak sedarkan diri.

Berhubung kes berkenaan, Pengerusi Kelab Tahanan di Tubas menyatakan dalam kenyataan media bahawa tahap kesihatan Abdul Majid yang terjejas teruk tidak diberikan apa-apa rawatan dari jabatan penjara.

Tegas beliau, pihak jabatan penjara mesti bertanggungjawab ke atas apa yang dilalui Abdul Majid.

Seperti yang dijelaskan, Abdul Majid menjalani hukuman penjara selama 14 tahun 6 bulan, dan sekarang meringkuk dalam penjara rejim zionis, Majedo.

"Hari demi hari, tahap kesihatannya makin bertambah teruk," ujar Pengerusi Kelab. Sumber 15/09/2010, web berita safa.ps