19 Disember 2010

107 badar balas pencerobohan zionis

GAZA - KATAIB ABU ALI MUSTAFA, sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN memaklumkan pihaknya telah mengebom sebuah penempatan zionis, Kafr 'Ezza yang terletak bertentangan di sebelah timur Gaza.

Gambar(Al-Jazeerah): Arkib rakaman gambar ketika pencerobohan jentera perang zionis ke dalam tanah Gaza.

Laporan ketenteraan ABU ALI yang disampaikan kepada agensi berita Safa dan United Press, berkata, unit 107 Badar ABU ALI berjaya mensasarkan dua serangan roket jenis 'Sumud' ke atas penempatan Kafr 'Ezza di timur Gaza pagi tadi.

ABU ALI turut menjelaskan bahawa pengeboman ini adalah serang balas ke atas jenayah buruk yang dilakukan rejim zionis terhadap pejuang-pejuang dan penduduk Palestin.

Kenyataan ini juga isyarat kepada 5 pejuang Palestin yang syahid akibat pengeboman pesawat pengintip zionis menjelang lewat tengah malam semalam.
________
________

Sementara itu, pada waktu tengahari tadi, penduduk Gaza berarak mengiringi(gambar sebelah: Safa) kelima-lima jenazah pejuang yang syahid dalam pengeboman pesawat pengintip ketika menjalankan misi jihad.

Perarakan tersebut berlangsung di Der Balah, Khan Yunus dan Rafah. Sumber 19/12/2010, berita Al-Jazeerah, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah

Rejim zionis ceroboh timur Gaza

GAZA - Rejim zionis telah menceroboh secara terbatas di tenggara bandar Gaza pagi ini. Di samping itu, beberapa tembakan dilepaskan ke arah rumah-rumah penduduk Palestin.

Pemberita 'Safa' melaporkan, 2 buah jentolak diiringi 3 buah jentera perang mara sejauh berpuluh-puluh meter ke dalam tanah-tanah penduduk Gaza yang bertentangan dengan garis pemisah serta menembak ke arah rumah-rumah penduduk.

Sumber menjelaskan, rejim zionis yang berpengkalan sementara di timur tempat pelupusan sampah di Jahr El-Deik telah menyerodok dan meratakan tanah dan menjalankan operasi 'mengesan'.

Pencerobohan zionis ke dalam tanah-tanah Gaza yang bertentangan dengan garisan sempadan boleh disifatkan berlaku hampir setiap hari. Dari arah timur dan utara, tanah-tanah Gaza menjadi sasaran pencerobohan malah para petani dan peladang Palestin turut menjadi sasaran peluru zionis. Sumber 19/12/2010, web berita safa.ps

5 pejuang syahid dibom pesawat pengintip

Laporan Safa.ps: Jam 11.02 malam, waktu Palestin(18/12/2010)

GAZA - Semalam, seramai 5 pejuang Palestin menemui syahid apabila menjadi sasaran pengeboman rejim zionis di selatan Der Balah, pertengahan Semenanjung Gaza.

Jurucakap Perkhidmatan Perubatan Ketenteraan di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, kelima-lima mayat pejuang yang dikenali, Khalil Taufiq At-Tawil, Muhammad Mu'in Al-'Assar, Abdullah Ash-Shuraihi, Asyraf Abu Sabt dan Ahmad Al-Za'lan telah tiba di hospital.

Jelas Abu Salmiah, empat dari pejuang yang syahid dibawa ke hospital Syuhada Al-Aqsa di Der Balah, manakala satu lagi mayat, iaitu Khalil Taufiq At-Tawil telah dibawa ke hospital Naseer di Khan Yunus.

Sumber perubatan menyatakan tempat kecederaan pada mayat kesemua pejuang adalah dari bahagian bawah menandakan mereka dibom secara langsung.

Berhubung pengeboman, sumber dari laporan khas pihak keamanan kepada agensi berita 'Safa' berkata, pasukan unit siasatan polis Gaza telah menemui serpihan peluru misil yang ditembak dari pesawat pengintip zionis. Jelas sumber itu lagi, roket buatan tempatan tidak meletup.

Menurut Al-Jazeerah dari saksi di lokasi kejadian, berkata, pejuang-pejuang yang berada di sebuah tanah lapang sedang bersiap untuk melancarkan serangan roket ke arah pos-pos tentera zionis berdekatan garisan sempadan.

Sumber keamanan Palestin turut menyatakan, pejuang tidak sempat melancarkan serangan roket setelah menjadi sasaran pesawat pengintip.

Pengeboman dari pesawat pengintip zionis mengakibatkan kawah besar terbentuk sedalam 3 meter, sementara diameternya sekitar 50 cm.

Sejurus selepas itu, tentera rejim zionis mengesahkan bahawa sebuah dari pesawat pengintipnya telah mengebom sekumpulan pejuang yang terdiri dari 5 individu yang bertekad melancarkan roket ke penempatan-penempatan zionis.

Sehingga kini, belum lagi dilaporkan kumpulan pejuang yang menjadi sasaran serangan pesawat zionis semalam.

Hal yang sama, Abu Salmiah berkata, jumlah penduduk Palestin yang syahid semalam telah meningkatkan bilangan yang syahid dalam bulan Disember sahaja kepada 12 mangsa. Berikutan itu, telah mencatatkan nisbah jumlah tertinggi yang syahid dalam tahun ini.

Secara jelas, peningkatan jenayah rejim zionis ke atas penduduk Palestin termasuk dalam konteks jenayah perang, sehari sebelum ini, kejadian di perairan laut Gaza apabila seorang remaja Palestin syahid dikejar bot laju zionis. Sumber 18-19/12/2010, web berita safa.ps, berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah