21 Mac 2011

Apache zionis bedil bengkel kereta

Laporan asal jam 06.30 malam, Palestin/Mesir
Jam 12.30 pagi(22/03/2011), waktu Malaysia

GAZA - Saksi kejadian yang menceritakan kepada agensi berita 'safa', berkata, helikopter Apache tentera rejim zionis telah membedil sebuah bengkel kereta di timur bandar Gaza petang ini.

Tambah saksi lagi, serangan tersebut menyasarkan bengkel 'ورشة دغمش لتصليح إطارات السيارات' yang berhampiran dengan Masjid As-Salam di timur Hayyu Shujaieyah. Sehingga kini, tiada laporan mengenai sebarang kecederaan, namun berlaku kerosakan harta benda.

Lapor sumber, pesawat rejim zionis kerap meninjau di ruang udara Semenanjung Gaza(ada media menyebut Jalur Gaza, Genting Gaza), malah sebelum dan sehingga kini, kawasan di garisan yang bersempadan dengan tanah jajahan 1948 menyaksikan pergerakan jentera perang zionis yang berterusan. Di samping itu, rejim zionis turut melepaskan tembakan ke arah rumah-rumah dan tanah pertanian penduduk Gaza.

Pada waktu tengahari tadi, serangan rejim zionis menumpukan kawasan pertanian di timur Hayyu Zaitun mengakibatkan kemusnahan harta benda.

Sementara itu, laporan pada jam 06.09 malam, Palestin/Mesir, sebuah kumpulan pejuang, iaitu KATAIB MUJAHIDEEN yang bernaung di bawah gerakan FATAH telah mengebom lokasi tentera zionis 'Nehal Auz'.

Safa menerima Kenyataan rasmi KATAIB MUJAHIDEEN yang memaklumkan bahawa Nehal Auz dibom dengan dua serangan roket model 107 pada waktu tengahari tadi. Sumber 21/03/2011, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan