17 Mac 2011

Memo ugutan gugur di utara Gaza

Laporan asal jam 08.31 pagi, Palestin/Mesir
Jam 02.31 petang, waktu Malaysia

GAZA - Menurut saksi, helikopter tentera zionis telah menggugurkan memo ugutan ke atas pelancar serangan roket pagi ini di kawasan utara Semenanjung Gaza.

Gambar(Safa): Memo ugutan yang digugurkan zionis di Gaza.

Pemberita 'Safa' menjelaskan bahawa kandungan memo tersebut meminta penduduk agar tidak memberi kerjasama kepada pejuang-pejuang Palestin serta menggesa para petani dan pemilik-pemilik rumah di kawasan berkenaan menghalang pejuang Palestin dari melancarkan serangan roket.

Sumber menjelaskan tujuan helikopter zionis dengan sengaja menggugurkan memo ugutan ke atas rumah-rumah penduduk Palestin di Gaza adalah sebagai memberi peringatan kepada penduduk Gaza hasil memberi kerjasama kepada pejuang-pejuang Palestin. Selain itu, peringatan keras kepada penduduk-penduduk yang mendekati pagar keselamatan di sempadan. Sumber 17/03/2011, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan