10 April 2011

Catatan masa tentangan sengit di Gaza pada 09/04/2011

[Turutan bermula dari bawah]

09.09 malam, Palestin/Mekah(08.09 malam, Mesir): Adham Abu Salmiah berkata, kami telah mendokumentasi tindakan zionis yang melanggar undang-undang antarabangsa iaitu menyerang orang awam dan anggota pasukan penyelamat(krew perubatan).

09.07 malam, Palestin/Mekah(08.07 malam, Mesir): Zionis mengebom timur Khan Yunus, selatan Gaza.

09.05 malam, Palestin/Mekah(08.05 malam, Mesir): Pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengebom pula penempatan haram Be'eri yang terletak di sebelah timur Mukhayyam El-Buraij dengan roket buatan tempatan.

08.41 malam, Palestin/Mekah(07.41 malam, Mesir): Sumber Mesir melaporkan bahawa Mesir telah menghubungi di peringkat diplomasi secara meluas bagi menghentikan serangan zionis di Gaza.

08.18 malam, Palestin/Mekah(07.18 malam, Mesir): Pejuang SARAYA AL-QUDS mengebom barat Naqab dengan dua roket 'Quds'.

08.16 malam, Palestin/Mekah(07.16 malam, Mesir): Zionis mengakui hanya 50 serangan mortar gugur setakat ini di tanah jajahan.

08.05 malam, Palestin/Mekah(07.05 malam, Mesir): KATAIB AL-QASSAM mengebom lokasi tentera Ain Salisah dengan 5 serangan peluru mortar 'hawn'.

07.59 malam, Palestin/Mekah(06.59 malam, Mesir): Sekumpulan pejuang Palestin terselamat dari pengeboman perluru berpandu jarak jauh di Netsarim.

07.57 malam, Palestin/Mekah(06.57 malam, Mesir): Pejuang SARAYA AL-QUDS mengebom Al-Majdal dengan 3 roket 'Quds' dan 2 serangan mortar ke Keffar Ezza.

07.55 malam, Palestin/Mekah(06.55 malam, Mesir): Zionis melepaskan peluru berpandu jarak jauh ke atas sebuah kawasan yang telah dibebaskan 'Netsarim' selatan Gaza.

07.32 malam, Palestin/Mekah(06.32 malam, Mesir): Berita cedera parah dalam satu pengeboman zionis di barat Mukhayyam Jabaliya, utara Semenanjung Gaza.

07.27 malam, Palestin/Mekah(06.27 malam, Mesir): Pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengebom Askalan dengan serangan roket 'Naseer'.

07.15 malam, Palestin/Mekah(06.15 malam, Mesir): Kumpulan pejuang AIMAN JUDAH mengebom Ushdud dengan roket 'grad'.

07.14 malam, Palestin/Mekah(06.14 malam, Mesir): Radio Israel - Sistem pertahanan iron dome hanya dapat menyekat 8 serangan mortar.

07.11 malam, Palestin/Mekah(06.11 malam, Mesir): Zionis mengebom berhampiran sebuah kilang di utara Gaza.

06.42 petang, Palestin/Mekah(05.42 petang, Mesir): Rejim zionis mendakwa sistem iron dome telah menangkis roket yang menyerang ke arah Ushkul.

06.42 petang, Palestin/Mekah(05.42 petang, Mesir): Rejim zionis mendakwa sistem iron dome telah menangkis roket yang menyerang ke arah Ushkul.

06.35 petang, Palestin/Mekah(05.35 petang, Mesir): Berita mengenai ada yang tercedera dalam serangan pesawat pengintip tanpa pemandu di selatan Gaza.

06.11 petang, Palestin/Mekah(05.11 petang, Mesir): Ahronovitch - Tidak ada sesiapa yang kebal di Gaza, kami akan buru orang HAMAS satu persatu.

05.42 petang, Palestin/Mekah(04.42 petang, Mesir): Rejim zionis - 7 serangan roket gugur di Askalan dan Naqab.

05.35 petang, Palestin/Mekah(04.35 petang, Mesir): Sidang media di Gaza. AL-QASSAM tolak gencatan

05.32 petang, Palestin/Mekah(04.32 petang, Mesir): Ketua Pembangkang Israel, Tsipi Livni dari parti Kadima berkata, kami akan kembalikan gegaran tentera kami yang kini telah berlalu pergi.

05.26 petang, Palestin/Mekah(04.26 petang, Mesir): Sumber media Israel versi hebrew - Siren kecemasan berbunyi di Askalan dan Sderot.

05.25 petang, Palestin/Mekah(04.25 petang, Mesir): Sebentar lagi sidang media KATAIB AL-QASSAM di Gaza.

05.02 petang, Palestin/Mekah(04.02 petang, Mesir): Pejuang mengebom lokasi zionis yang berhampiran dengan Gaza.

04.34 petang, Palestin/Mekah(03.34 petang, Mesir): Tembakan meriam zionis di utara Gaza. Tidak ada laporan mengenai kecederaan.

02.40 petang, Palestin/Mekah(01.40 petang, Mesir): Media Israel 'Maarev' melaporkan satu serangan roket grad gugur ke atas sebuah rumah anggota parlimen Knesset(parlimen Israel) di Ofakim.

01.30 petang, Palestin/Mekah(12.30 petang, Mesir): Penduduk Palestin di Rafah mengiringi pengebumian dua pejuang AL-QASSAM yang syahid awal pagi tadi dalam serangan zionis.

01.25 petang, Palestin/Mekah(12.25 petang, Mesir): Menteri Luar Gaza - pihak kami telah menghubungi pihak-pihak berkenaan bagi menghentikan serangan zionis di Gaza.

01.12 petang, Palestin/Mekah(12.12 tengahari, Mesir): HAMAS berkata, 'kami tidak akan menerima penyelesaian yang menyamakan kedudukan Palestin untuk menyerah'.

01.00 petang, Palestin/Mekah(12.00 tengahari, Mesir): Badan-badan antarabangsa berkata apabila masyarakat antarabangsa(PBB, EU, Liga Arab) terus diam bermakna ia menyokong berlakunya serangan ini di Gaza.

12.26 petang, Palestin/Mekah(11.25 pagi, Mesir): Media Israel 'Yedioth Ahronoth' menyebut serangan peluru mortar gugur ke atas sebuah rumah di Ushkul.

11.02 pagi, Palestin/Mekah(10.02 pagi, Mesir): KATAIB AL-QASSAM mengebom penempatan haram 'Ofakim' dengan tiga serangan roket jenis 'grad'.

10.12 pagi, Palestin/Mekah(09.12 pagi, Mesir): Pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengebom pos tentera Kerem Shalom, timur Rafah dengan emapt mortar 'hawn'.

10.11 pagi, Palestin/Mekah(09.11 pagi, Mesir): KATAIB MUJAHIDEEN mengebom pos tentera Sufa dengan dua serangan roket jenis 'حفص'

09.52 pagi, Palestin/Mekah(08.52 pagi, Mesir): KATAIB AL-QASSAM mengebom Majlis Daerah Ushkul dengan 4 serangan roket 'Al-Qassam'.

08.27 pagi, Palestin/Mekah(07.27 pagi, Mesir): Adham - seorang pemuda syahid, dan seorang lagi cedera parah di timur Jabaliyah, utara Gaza.
Catatan masa tentangan sengit di Gaza pada 09/04/2011

08.13 pagi, Palestin/Mekah(07.13 pagi, Mesir): Pejuang SARAYA AL-QUDS mengebom Ushdud pagi ini dengan dua serangan roket jenis 'grad'.

08.12 pagi, Palestin/Mekah(07.12 pagi, Mesir): DEBKA versi hebrew - Serangan Israel di Gaza kali ini amat rumit berikutan perubahan strategi perang yang dilakukan HAMAS.

07.31 pagi, Palestin/Mekah(06.31 pagi, Mesir): DEBKA versi hebrew - Dalam masa 24 jam, 70 serangan roket menyerang Israel. Di antara jumlah tersebut, lebih 20 roket jenis 'grad'.

07.12 pagi, Palestin/Mekah(06.12 pagi, Mesir): Kereta kebal zionis mengebom di timur daerah Qararah, Khan Yunus, selatan Gaza.

04.20 pagi, Palestin/Mekah(03.20 pagi, Mesir): Beberapa serangan roket jenis 'grad' menyerang kawasan-kawasan terbuka di utara Ushdud.

04.01 pagi, Palestin/Mekah(03.01 pagi, Mesir): 2 warga Israel cedera apabila serangan terbaru roket 'grad' gugur di Beersheba.

02.15 pagi, Palestin/Mekah(01.15 pagi, Mesir): Zionis menyerang sebuah kawasan berhampiran bangunan kebajikan masyarakat di timur daerah Jabaliyah, utara Gaza. Seorang penduduk Palestin cedera ringan.

02.05 pagi, Palestin/Mekah(01.05 pagi, Mesir): Media Israel 'Yedioth Ahronoth' lapor 3 warga haram cedera ringan akibat serangan roket 'grad' di Beersheba.

01.37 pagi, Palestin/Mekah(12.37 pagi, Mesir): 2 serangan zionis di Gaza. Satu serangan menyasarkan lokasi di bandar Gaza dan satu lagi serangan di utara Gaza.

01.03 pagi, Palestin/Mekah(12.03 pagi, Mesir): 2 pejuang AL-QASSAM cedera parah dari kereta yang menjadi sasaran serangan zionis. Terkini, komander AL-QASSAM, Taisir Abu Asnainah syahid. Dikatakan, 2 lagi syahid dalam serangan itu.

12.53 pagi, Palestin/Mekah(08/04:11.53 malam, Mesir): Zionis menyerang sebuah kereta di Hayyu Tel Sultan, barat Rafah. Beberapa orang dilaporkan cedera.

12.49 pagi, Palestin/Mekah(08/04: 11.49 malam, Mesir): Bunyi siren kecemasan di bandar Beersheba(tanah jajahan), pejuang SARAYA AL-QUDS umum serang bandar tersebut dengan roket 'grad'.

12.03 tengah malam, Palestin/Mekah(08/04:11.03 malam, Mesir): Pesawat tempur zionis F-16 mengebom sebuah terowong bawah tanah di Rafah.

Sebahagian catatan yang diperolehi ini ada yang telah dimasukkan dalam berita penuh.

Sumber 09/04/2011, safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan