18 April 2011

Seorang remaja dan 4 lagi ditangkap

Laporan jam 09.10 pagi, Palesti/Mekah
Jam 08.10 pagi, Mesir

TEBING BARAT - Seorang remaja dari kampung Awwarta selatan Nablus telah ditangkap oleh sepasukan tentera rejim penjajah pagi ini.

Menurut saksi, sepasukan tentera yang menaiki beberapa buah jentera perang telah merempuh masuk ke kampung Awwarta di awal pagi. Dalam kejadian itu, tentera rejim menangkap seorang remaja, Taufiq Quwarik, 16 setelah mengepung rumahnya di bahagian selatan Awwarta.

Tambah saksi lagi, remaja tersebut pelajar sekolah menengah di kampung Awwarta.

Kejadian yang sama di Ramallah, tentera rejim penjajah menangkap 4 penduduk Palestin.

Sumber tempatan menjelaskan, 4 penduduk dari kampung 'Arura ditangkap atas alasan keselamatan yang tidak munasabah.

Lapor sumber bahawa penangkapan seumpama ini boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari di Tebing Barat, hanya dengan alasan keamanan. Sumber 18/04/2011, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan