06 Jun 2011

Areqat dan Abu Radinah bincang baik pulih dalaman Palestin dengan Clinton

WASHINTGON - Menurut sumber Palestin, anggota jawatankuasa eksekutif PLO(Pertubuhan Pembebasan Palestin), Saeb Areqat dan jurucakap Pemerintah Palestin Ramallah, Nabil Abu Radinah akan membincangkan isu baik pulih dalaman Palestin(المصالحة الفلسطينية) dan inisiatif damai Perancis(المبادرة الفرنسية) dengan Menteri Luar Amerika Syarikat(AS), Hillary Clinton di Washington hari ini.

Gambar bawah(arkib Safa): Kanan, Saeb Areqat dan sebelah kiri, Hillary Clinton ketika pertemuan lalu.

Ketika menghubungi agensi berita Itali 'AKI', kata sumber, 'perbincangan dengan Menteri Luar AS serta beberapa lagi wakil AS yang lain di White House akan menyentuh dua isu asas, pertama, usaha kuat yang telah digerakkan demi mengadakan semula rundingan damai dan kedua, baik pulih dalaman Palestin khususnya pembentukan Kerajaan teknokrat Palestin yang akan diperjelaskan kepada wakil AS serta mendengar pendirian mereka berhubung isu-isu ini'.

Tambah sumber itu yang berada di Washington, katanya, "beberapa usaha kuat telah dilaksanakan bertujuan mengadakan semula rundingan damai, yang terkini inisiatif damai Perancis tetapi Perdana Menteri rejim zionis, Benjamin Netanyahu membantah menyambung semula rundingan menurut kaedah sempadan tahun 1967," kemudian sambung sumber itu lagi, "maka kami mahu bertanya kepada AS, apa yang dia fikir tentang hal ini berhubung pendirian-pendirian Israel dan bagaimana pentadbiran AS mengendalikan perkara ini dengan inisiatif damai yang telah dikemukakan oleh Perancis, dan kami telah katakan bahawa kami terima inisiatif ini mengikut asas kaedah tersebut."

Celah sumber itu lagi, "kami akan memperincikan mengenai usaha baik pulih dalaman Palestin kepada AS, dan kami akan sebut juga Kerajaan yang bakal dibentuk adalah kerajaan teknokrat tidak ada hubungan dengan kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin, malah agendanya mengikut Presiden Mahmoud abbas, seterusnya jika Palestin berpegang dengan pendirian ini, kenapa pula AS mengambil pandangan negatif terhadap hal tersebut?". Sumber 06/06/2011, web berita Safa.ps dan web berita AKI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan