18 Ogos 2011

5 pejuang Palestin dan kanak-kanak syahid, HAMAS kecam serangan zionis

Laporan jam 05:40 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 04:40 petang, waktu Mesir

(Terkini jam 07:30 malam, waktu Mesir)

GAZA - Sekurang-kurangnya 6 penduduk Palestin dilaporkan syahid petang ini dalam serangan yang dilancarkan oleh pesawat zionis ke atas sebuah rumah di Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Jelas lagi, mangsa yang syahid adalah 5 komander pejuang dari kumpulan ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN(sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH) dan Setiausaha Agung ALWIYAH sendiri.

Sumber perubatan menerangkan mangsa yang syahid dikenali, Imad Hamad, Abu 'Audh Al-Nerab, Khaled Hamad Sha'ath, Imad Nasr, Khaled Al-Misry dan Malek Khaled Sha'ath.

Perubatan menyatakan lagi, jasad dua pejuang yang syahid dibawa ke hospital Abul-Najjar di bandar Rafah dalam keadaan rentung.

Pengeboman dari pesawat pengintip pemandu zionis petang tadi menyasarkan rumah penduduk yang dimiliki Abu Jamil Sha'ath di kawasan At-Thu'uth, barat Rafah.
______________________________________________
Pautan dari berita Al-Jazeerah:



Sumber youtube.com, berita 18/08/2011

Laporan ini menerangkan mengenai pengeboman pesawat zionis yang menyasarkan pejuang utama kumpulan ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN petang tadi. Serangan ini ekoran operasi Eilat yang membunuh beberapa warga zionis, seusai itu, PM zionis terus menuduh pihak Gaza yang terlibat, bagaimanapun gerakan HAMAS dan Kerajaan Palestin di Gaza menafikan sebarang keterlibatan dalam operasi tersebut. Namun, zionis tanpa berlengah terus melancarkan serangan ke atas Gaza.
______________________________________________

Dilaporkan serangan zionis ini ekoran selepas operasi bunuh yang dilancarkan oleh sekumpulan bersenjata di bandar Eilat, selatan tanah jajahan yang mengakibatkan beberapa warga zionis mati terbunuh dan cedera

Badan-badan keselamatan zionis menuduh beberapa kumpulan bersenjata di Semenanjung Gaza melepasi masuk ke bandar Eilat serta melancarkan operasi ini, malah zionis turut mengancam akan melancarkan serangan balas secara meluas ke atas Gaza.

HAMAS kecam jenayah zionis

Berikutan serangan ke atas pejuang, gerakan HAMAS mengecam keras jenayah yang melibatkan serangan dari pesawat pengintip tanpa pemandu di bandar Rafah petang tadi.

Salah seorang dari pemimpin HAMAS, Ismail Ridhwan berkata, penyembelihan ini tidak sesekali dapat mematahkan langkahan pejuang-pejuang , sambil itu, beliau meletakkan rejim penjajah bertanggungjawab sepenuhnya berhubung tentangan bahaya ini. Sumber 18/08/2011, web berita Safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan