20 Ogos 2011

Abbas dan Haniyeh berusaha hentikan tentangan zionis

Laporan jam 02:26 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 01:26 pagi, waktu Mesir

RAMALLAH - Ahli jawatankuasa PLO(Palestine Liberation Organization), Saeb Arekat mengumumkan pagi ini bahawa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(gambar) telah meminta Majlis Keselamatan Antarabangsa PBB (United Nations Security Council) mengadakan persidangan cemas bagi menghentikan tentangan sengit zionis di Semenanjung Gaza.

Arekat berkata dalam kenyataan beliau, Presiden Abbas telah meminta wakil Palestin di PBB, Riyadh Mansour segera bertindak meminta Majli Keselamatan mengadakan persidangan cemas.

Sementara itu, Perdana Menteri Palestin di Semenanjung Gaza, Ismail Haniyeh telah menghubungi Mesir dan Liga Arab(Arab League) semalam demi menghentikan tentangan zionis di Gaza.

Dalam kenyataan ringkas yang disampaikan kepada agensi berita Safa, Pejabat Media Kerajaan Palestin di Gaza berkata, Ismail Haniyeh(gambar) telah menghubungi Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil El-Araby serta membincangkan kedudukan bahaya yang menimpa Gaza.

Beliau turut menghubungi Amir Qatar, Syeikh Hamad Bin Khalifah II(الشيخ حمد بن خليفة ال ثاني‎) dan membincangkan perkembangan semasa kedudukan masyarakat dan serangan zionis ke atas Gaza. Sumber 20/08/2011, web berita Safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan