18 Oktober 2011

Gambar: Keriangan dan kemenangan

KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM sayap tentera gerakan HAMAS mengambil langkah berjaga-jaga sejak dari semalam. Menurut sumber Palestin dan AL-QASSAM, tujuan langkah ini adalah bagi mengawal keselamatan dan meraikan hari pembebasan tahanan. Kerajaan Palestin di Gaza mengumumkan hari pembebasan tahanan Palestin adalah hari cuti rasmi.


Anggota tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM.

Sebuah dari rombongan tahanan Palestin yang dikawal ketat ketika melepasi keluar dari kawasan penjara Ktzi'ot.

Menurut sumber dari Semenanjung Gaza, sejak semalam penduduk Palestin menyambut keriangan menanti tahanan-tahanan Palestin yang dibebaskan dari penjara penjajah hari ini.

Beberapa rombongan dari tahanan Palestin dipindahkan dari penjara Ktzi'ot dengan bas-bas dan trak-trak Jabatan Penjara Israel. Menurut pemberita AL-JAZEERAH, para tahanan Palestin dibawa dalam keadaan tangan dan kaki diikat sambil mata ditutup, malah tingkap-tingkap bas serta trak digelapkan. Mengulas hal ini, pemberita AL-JAZEERAH berkata, tujuan dilakukan sedemikian adalah tidak mahu memberikan peluang kepada tahanan Palestin bagi menunjukkan simbol kemenangan.




Sebuah dari rombongan tahanan Palestin yang dikawal ketat ketika melepasi keluar dari kawasan penjara Ktzi'ot.

Salah satu laluan rombongan tahanan Palestin.

Sumber gambar, web berita وفاء الأحرار

Tiada ulasan:

Catat Ulasan