01 Oktober 2011

Pelampau bakar ratusan ekar tanah, rempuh kampung di selatan Nablus

Laporan jam 01:10 petang, waktu Palestin(Tebing Barat)
Jam 12:10 tengahari, waktu Mesir

NABLUS - Warga zionis menyerang sebuah kampung di daerah Huwwara tengahari tadi setelahmana membakar ratusan ekar tanah di daerah Inabus yang bersebelahan Huwwara, Nablus, Tebing Barat.

Saksi kejadian berkata kepada agensi berita Safa, hampir 200 warga zionis menyerang penduduk penduduk kampung di daerah Huwwara, lantas mencetuskan pertempuran sengit antara penduduk-penduduk kampung berkenaan dengan warga zionis dan tentera penjajah.

Sumber turut menerangkan bahawa warga zionis dilindungi sepasukan dari tentera rejim penjajah yang menggunakan bom gas dan peluru getah.

Sebelum kejadian, warga zionis telah membakar hampir 20 ekar tanah di daerah 'Inabus yang bersebelahan dengan Huwwara.

Kejadian hari ini jelas menunjukkan bahawa pelampau-pelampau warga zionis terus meningkatkan tentangan ke atas penduduk Palestin. Menurut sumber, warga zionis(perampas tanah) yang mendiami di 39 buah penempatan haram(penempatan Yahudi)sekitar Nablus sahaja berjumlah 20 ribu orang. Sumber 01/10/2011, web berita Safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan