14 Disember 2011

Pejuang AL-QASSAM syahid dalam misi jihad

Laporan jam 10:44 malam, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 10:44 malam, waktu Mesir

GAZA - Sayap tentera gerakan HAMAS, iaitu KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM telah mengumumkan bahawa salah seorang anggotanya syahid malam ini di bandar Gaza. Situasi berkenaan disifatkan, syahid dalam misi jihad.

Gambar(fb PALDF): Sekumpulan tentera AL-QASSAM yang berkawal di batas sempadan.

AL-QASSAM dalam kenyataan yang disampaikan kepada agensi berita SAFA berkata, seorang pejuangnya, Ahmad Abdullah Al-Mamluk, 23 berasal Hayyu At-Tufah, bandar Gaza telah syahid ketika melaksanakan operasi jihad.

Sumber menyatakan, Al-Mamluk dari Masjid Usamah bin Zaid merupakan anggota AL-QASSAM dalam unit batalion At-Tufah. Sumber 14/12/2011, web berita Safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan