11 Disember 2011

Seorang kanak-kanak perempuan dan bapanya cedera di timur Gaza

Laporan jam 08:13 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 08:13 pagi, waktu Mesir
Kemaskini jam 10:15 pagi, waktu Mesir
Kemaskini jam 11:15 pagi, waktu Mesir

GAZA - Rejim zionis menyerang di sebelah timur Gaza awal pagi tadi. Sumber dari agensi berita SAFA melaporkan bahawa seorang kanak-kanak perempuan dan bapanya mengalami kecederaan dalam pengeboman yang dilancarkan oleh helikopter zionis ke atas sebuah rumah di Hayyu Al-Zaitun, tenggara bandar Gaza, sebelah timur Semenanjung Gaza.

Saksi kejadian berkata, sebuah helikopter tentera zionis melepaskan satu tembakan misil yang mengenai sebuah rumah penduduk Palestin, milik Abu Muaz Aql Al-Kanin. Lokasi terbabit berhampiran Masjid Ali Bin Abi Talib di Hayyu Zaitun. Pengeboman itu menyebabkan rumah Abu Muaz terjejas teruk dan terbakar. Tambahan lagi, beberapa buah rumah jiran Abu Muaz turut terjejas. Menukil dari berita AL-JAZEERAH, tentera zionis mendakwa, serangan ini menyasarkan sebuah kilang pembuatan senjata.

Pada waktu kejadian, pesawat-pesawat pengintip zionis tanpa pemandu kelihatan kerap berterbangan di beberapa sudut yang berlainan di ruang udara Semenanjung Gaza. Sumber 11/12/2011, web berita Safa.ps dan berita AL-JAZEERAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan