06 April 2011

Gaza hargai Mesir bebas tahanan Palestin

Laporan asal jam 02.22 petang, Palestin/Mekah
Jam 01.22 petang, Mesir

GAZA - Kementerian Luar dan Perancangan Gaza menghargai keputusan pemerintah baru Mesir yang membebaskan beberapa tahanan Palestin dari penjara Mesir, malah mengharap baki yang masih berada dalam penjara Mesir turut dibebaskan.

Kementerian Gaza dalam kenyataan yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' mengungkapkan perhargaan kepada langkah ini. Jelasnya, ia adalah langkah terkehadapan bagi mengukuhkan lagi hubungan Mesir dan Palestin.
_________________________________________
Baca lagi:

Revolusi 25 Januari rintis jalan ke Al-Quds
HAMAS di Kaherah bincang isu Palestin

_________________________________________

Semalam, Pemerintah Mesir telah membebaskan 14 tahanan Palestin. Sedemikian itu, dalam masa yang sama, Gaza tidak bersabar menanti lagi 28 orang Palestin dibebaskan dari penjara Mesir. Sumber 06/04/2011, web berita safa.ps

4 cedera akibat 2 serangan zionis

Laporan asal jam 12.32 pagi, Palestin/Mekah
Jam 11.32 malam(05/04/2011), Mesir

GAZA - Empat penduduk Palestin mengalami kecederaan dalam pengeboman pesawat tempur zionis tengah malam ini yang menyasarkan dua sasaran di timur bandar Gaza. Dua dari mangsa yang tercedera adalah wanita, dan seorang darinya wanita hamil.

Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, krew penyelamat telah membawa mangsa-mangsa serangan ke hospital As-Shifa'.

Tambah beliau, wanita hamil yang menjadi mangsa serangan udara zionis mengalami kecederaan pertengahan, dan tiga lagi ada yang mendapat luka ringan dan pertengahan.

Menurut saksi kejadian kepada agensi berita 'Safa' bahawa dia terdengar dua letupan kuat, salah satunya dari ladang pertanian di kawasan Jabal Reis, Hayyu Tuffah, dan satu lagi letupan dari sebuah kilang plastik di timur bandar Gaza yang menjadi sasaran pengeboman.

Serangan sedemikian ketikamana pesawat-pesawat pengintip zionis kerap berterbangan rendah sambil mengawasi ruang udara Gaza sepanjang hari ini. Sumber 06/04/2011, web berita safa.ps