18 April 2011

Pelampau Yahudi rempuh ke Masjid Al-Aqsa

Laporan jam 03.25 petang, Palestin/Mekah
Jam 02.25 petang, Mesir

BAITULMAQDIS - Sekumpulan pelampau Yahudi merempuh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa di bandar BaitulMaqdis tengahari tadi sambil dikawal ketat tentera rejim penjajah. Sedemikian itu, sebilangan besar muslimin dari dalam tanah jajahan dan sekitar daerah yang mahu menunaikan solat telah dihalang ke Masjid Al-Aqsa.

Gambar(arkib Safa): Sekumpulan pelampau Yahudi ketika merempuh ke perkarangan Masjid Al-Aqsa menuju ke *Masjid Kubah Batu.

قبة الصخرة: Masjid Kubah Batu

Seorang pemuda muslim yang berada dalam Masjid Al-Aqsa sejak malam lepas berkata, tentera rejim penjajah menghalang sebilangan besar muslimin khususnya pemuda-pemuda dari memasuki ke Al-Aqsa. Alasannya untuk mengelakkan pertempuran yang dijangka meletus antara muslimin dengan pelampau Yahudi.

Bagaimanapun, tambah pemuda itu, sekumpulan pemuda muslim berjaya melepasi masuk ke masjid sejak malam lepas untuk berkawal kerana telah mengetahui tabiat Yahudi yang akan berjalan-jalan sambil mencetuskan provokasi ketika perayaan Pesakh Yahudi dan tindakan yang bakal mereka lakukan ketika mengadakan upacara syiar talmud di dalam kawasan Masjid Al-Aqsa.

Beberapa hari sebelum ini, ketua-ketua puak pelampau Yahudi menyeru diadakan upacara berjalan-jalan di dalam kawasan Masjid Al-Aqsa sempena Hari Pesakh Yahudi. Seiring dengan perayaan itu, pemerintah rejim mengenakan kawalan ketat ke atas beberapa buah wilayah Palestin di Tebing Barat malah jalan-jalan utama yang berdekatan dengan Kota Lama di BaitulMaqdis ditutup kepada penduduk asal(Arab Palestin). Sumber 18/04/2011, web berita safa.ps

Perayaan tutup terminal Abu Salem, kawal ketat Tebing Barat

Laporan jam 08.20 pagi, Palestin/Mekah
Jam 07.20 pagi, Mesir

PALESTIN - Pihak berkuasa rejim zionis telah menutup terminal Karem Abu Salem hari ini, lantas menghalang kemasukan komoditi barang dan bantuan-bantuan ke Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Genting Gaza). Sedemikian itu, disebabkan sambutan perayaan Yahudi.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Kemasukan Barang ke Gaza, Raed Futuh berkata, pihak berkuasa zionis telah memaklumkan terminal Abu Salem ditutup untuk kemasukan komoditi barang, bekalan mentah dan bantuan ke Gaza, dan ia akan dibuka semula pada hari Rabu akan datang.


Sementara itu, kawalan keselamatan yang ketat telah dijalankan ke atas beberapa buah Wilayah di Tebing Barat sebagai menyambut perayaan Yahudi 'hari pesakh'.

Sebagaimana dijadualkan, perlaksanaan kawalan keselamatan telah bermula tengah malam semalam dan berlanjutan sehingga pertengahan malam pada 26 April akan datang. Sumber 18/04/2011, web berita safa.ps

Seorang remaja dan 4 lagi ditangkap

Laporan jam 09.10 pagi, Palesti/Mekah
Jam 08.10 pagi, Mesir

TEBING BARAT - Seorang remaja dari kampung Awwarta selatan Nablus telah ditangkap oleh sepasukan tentera rejim penjajah pagi ini.

Menurut saksi, sepasukan tentera yang menaiki beberapa buah jentera perang telah merempuh masuk ke kampung Awwarta di awal pagi. Dalam kejadian itu, tentera rejim menangkap seorang remaja, Taufiq Quwarik, 16 setelah mengepung rumahnya di bahagian selatan Awwarta.

Tambah saksi lagi, remaja tersebut pelajar sekolah menengah di kampung Awwarta.

Kejadian yang sama di Ramallah, tentera rejim penjajah menangkap 4 penduduk Palestin.

Sumber tempatan menjelaskan, 4 penduduk dari kampung 'Arura ditangkap atas alasan keselamatan yang tidak munasabah.

Lapor sumber bahawa penangkapan seumpama ini boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari di Tebing Barat, hanya dengan alasan keamanan. Sumber 18/04/2011, web berita safa.ps