28 Mei 2011

Abbas: Untuk apa lagi nak berunding?

Laporan jam 11.28 malam, Palestin/Mekah
Jam 10.28 malam, Mesir

DOHA - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menegaskan mahu pergi ke PBB untuk perlu mendapatkan pengiktirafan Negara Palestin kecualilah jika rundingan yang dimulakan mengikut asas-asas yang diterima dan benar.

Abbas berada di sebelah kiri Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Bin Jassem Al-Thani(tengah).

Ketika pembukaan persidangan Jawatankuasa Inisiatif Perdamaian Arab petang tadi di Doha, Qatar, Presiden Palestin mengulangi lagi syarat-syarat bagi menyambung semula rundingan iaitu hentikan pembinaan penempatan.
____________________________________________________
____________________________________________________

Abbas mempersoalkan, kata beliau, "selagimana Netanyahu tak hentikan projek bina di penempatan-penempatan, prinsip asas penyelasaian garisan sempadan 1967 pun dia tak setuju, untuk apa lagi nak berunding?."

Tambah beliau, "Kami melihat syarat-syarat yang diletakkan oleh Netanyahu memang tidak ada asas perkongsian malah tidak jelas untuk dirunding, dan kami membuat pilihan untuk mendapatkan hak asasi kami iaitu pergi ke PBB, Perhimpunan Agung PBB dan Majlis Keselamatan Antabangsa bagi mendapatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap kami."

Jelas Presiden Abbas, kata beliau, "apa yang saya sebut ini bukan perkara sulit, bukan kali pertama tetapi dah banyak kali kami sebut sempena persidangan-persidangan kepada Amerika, Israel, Eropah dan kepada seluruh dunia, namun dah tidak apa di hadapan kami melainkan kami pilih untuk ke PBB."

Tegas Abbas berhubung kata-katanya, "kami bersungguh-sungguh mahu ke PBB, kami tidak bercakap sebarangan atau membuat apa-apa taktik, maka kami mesti ke PBB, lainlah apabila rundingan yang dimulakan mengikut asas-asas yang dapat diterima Netanyahu, seandainya rundingan ini pun dah tidak memberikan apa-apa hasil, hanya ke PBBlah jalannya." Sumber 28/05/2011, web berita safa.ps

Tangkap 5 Palestin, 20 pohon zaitun dicabut

Laporan jam 10.33 malam, Palestin, Mekah
Jam 09.23 malam, Palestin

KHALIL - Tentera rejim penjajah menangkap 5 petani Palestin petang tadi yang ditahan dari ladang mereka di Bayt Ummar, utara Wilayah Khalil, Tebing Barat.

Berhubung kejadian, jurucakap Jawatankuasa Kebangsaan Menentang Tembok Pemisah, Muhammad Audh berkata, "tentera penjajah telah menahan seramai 25 orang Palestin dari kanak-kanak dan wanita selama 7 jam sewaktu mereka memetik anggur di ladang pertanian yang berhampiran penempatan zionis, Bayt Ain."

Beliau menambah, sebilangan besar dari penduduk Palestin yang ditahan itu telah dibebaskan. Bagaimanapun, 5 orang Palestin telah dibawa ke pusat tahanan Etisyun yang berdekatan dengan daerah itu. Penduduk Palestin yang ditangkap, Majdi Ismail Adi, 17, Muhammad Hadi Namru Adi, 18, Hatim Khalil Mahmud Abu Diah, 35, Iyad Basam Za'aqiq, 35 dan Yusof Abdul Hamid Abu Marya.

Kejadian yang lain, lapor Safa pada jam 06.09 petang, waktu Palestin bahawa warga haram zionis telah mencabut 20 batang anak pokok zaitun di tanah pertanian yang juga berhampiran dengan kawasan penempatan haram Bayt Ain di Bayt Ummar.

Muhammad Audh berkata kepada agensi berita Safa, 'seorang penduduk Palestin, Hamad Abdul Hamid Jabeer terkejut dengan tindakan warga haram yang mencabut anak pokok zaitun yang ditanamnya sebelum ini.'

Safa menyatakan bahawa sejak beberapa bulan lalu, para pemilik tanah dihalang memasuki ladang pertanian yang menjadi tempat tanaman zaitun berikutan warga haram zionis menuduh penduduk Palestin bertindak kasar terhadap mereka.

Sedemikian itu, sepasukan unit tentera rejim penjajah tiba di lokasi berkenaan, lalu menghalau Hamad serta peladang lain yang bersamanya dari tanah tersebut.

Penindasan dan gangguan dari warga haram dan tentera penjajah semakin giat dilaksanakan ke atas penduduk Palestin di Bayt Ummar, malah dua buah penempatan haram Karmei Tzur dan Bayt Ain yang membentangi di atas tanah tersebut mengancam keadaan tanah-tanah. Tambahan pula memberi kesan kepada penduduk Palestin. Sumber 28/05/2011, web berita safa.ps

Kapal Malaysia tunggu keizinan punggah barang

Laporan jam 01.52 petang, Palestin/Mekah
Jam 12.52 petang, Mesir

EL-ARISH - Sumber dari pelabuhan El-Arish Mesir menyebut kapal bantuan kemanusiaan Malaysia sedang menanti keizinan sehinggalah selesai prosedur susulan untuk berlabuh di terminal kapal dan memunggah barang bantuan. Demikian itu, sebagai permulaan untuk membawa masuk barang-barang ke Gaza melalui jalan darat Mesir.

Gambar(PGPF): Pemandangan di pelabuhan nelayan Gaza
________________________________
____________________________________________

Menukil dari web berita AL-AHRAM, sumber yang sama berkata, "kapal bantuan tersebut tiba di perairan laut Mesir sejak 10 hari yang lalu setelah dipintas dan dihadang dengan ancaman dari bot-bot laju tentera laut zionis ketika sedang menuju ke pelabuhan nelayan Gaza, masa ini kapal bantuan itu sedang menyelesaikan beberapa prosedur untuk masuk ke terminal mengikut proses dan prosedur susulan berhubung berlabuh dan pemunggahan barang."

Logo PGPF

Tambah sumber lagi, selepas proses berkenaan selesai, kapal tersebut baru akan dibenarkan berlabuh di terminal dan memunggahkan barang-barang untuk dibawa masuk ke Semenanjung Gaza.

Sebagaimana yang disebutkan, kapal bantuan 'The Spirit Of Rhacel Corrie' yang didaftarkan dengan nama MV Finch milik Malaysia membawa muatan 30 tan paip PVC untuk bantuan memulihkan sistem pembentungan yang musnah di Gaza.
_____________________________________________
Pautan lagi:

1. Web rasmi Perdana Global Peace Fundation
2. Kenyataan media The Spirit of Rachel Corrie Mission hereby objects to the use of an Israeli land port to deliver its humanitarian aid to the Palestinian people..lagi
3. Rachel Corrie sempena nama seorang aktivis Amerika yang mati dibunuh jentolak zionis pada tahun 2003.

_____________________________________________

Misi bantuan ini di bawah seliaan Perdana Global Peace Foundation(PGPF) yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sumber 28/05/2011 safa.ps dan web rasmi Perdana Global Peace Foundation