18 Ogos 2011

5 pejuang Palestin dan kanak-kanak syahid, HAMAS kecam serangan zionis

Laporan jam 05:40 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 04:40 petang, waktu Mesir

(Terkini jam 07:30 malam, waktu Mesir)

GAZA - Sekurang-kurangnya 6 penduduk Palestin dilaporkan syahid petang ini dalam serangan yang dilancarkan oleh pesawat zionis ke atas sebuah rumah di Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Jelas lagi, mangsa yang syahid adalah 5 komander pejuang dari kumpulan ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN(sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH) dan Setiausaha Agung ALWIYAH sendiri.

Sumber perubatan menerangkan mangsa yang syahid dikenali, Imad Hamad, Abu 'Audh Al-Nerab, Khaled Hamad Sha'ath, Imad Nasr, Khaled Al-Misry dan Malek Khaled Sha'ath.

Perubatan menyatakan lagi, jasad dua pejuang yang syahid dibawa ke hospital Abul-Najjar di bandar Rafah dalam keadaan rentung.

Pengeboman dari pesawat pengintip pemandu zionis petang tadi menyasarkan rumah penduduk yang dimiliki Abu Jamil Sha'ath di kawasan At-Thu'uth, barat Rafah.
______________________________________________
Pautan dari berita Al-Jazeerah:



Sumber youtube.com, berita 18/08/2011

Laporan ini menerangkan mengenai pengeboman pesawat zionis yang menyasarkan pejuang utama kumpulan ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN petang tadi. Serangan ini ekoran operasi Eilat yang membunuh beberapa warga zionis, seusai itu, PM zionis terus menuduh pihak Gaza yang terlibat, bagaimanapun gerakan HAMAS dan Kerajaan Palestin di Gaza menafikan sebarang keterlibatan dalam operasi tersebut. Namun, zionis tanpa berlengah terus melancarkan serangan ke atas Gaza.
______________________________________________

Dilaporkan serangan zionis ini ekoran selepas operasi bunuh yang dilancarkan oleh sekumpulan bersenjata di bandar Eilat, selatan tanah jajahan yang mengakibatkan beberapa warga zionis mati terbunuh dan cedera

Badan-badan keselamatan zionis menuduh beberapa kumpulan bersenjata di Semenanjung Gaza melepasi masuk ke bandar Eilat serta melancarkan operasi ini, malah zionis turut mengancam akan melancarkan serangan balas secara meluas ke atas Gaza.

HAMAS kecam jenayah zionis

Berikutan serangan ke atas pejuang, gerakan HAMAS mengecam keras jenayah yang melibatkan serangan dari pesawat pengintip tanpa pemandu di bandar Rafah petang tadi.

Salah seorang dari pemimpin HAMAS, Ismail Ridhwan berkata, penyembelihan ini tidak sesekali dapat mematahkan langkahan pejuang-pejuang , sambil itu, beliau meletakkan rejim penjajah bertanggungjawab sepenuhnya berhubung tentangan bahaya ini. Sumber 18/08/2011, web berita Safa.ps

Rombongan Malaysia masuk Gaza

Laporan jam 10:00 pagi, waktu Mesir
Berita semalam, 17/08/2011

RAFAH, 18 Ogos - Rombongan misi Ramadhan di Gaza kelolaan pertubuhan bukan kerajaan Malaysia, MAPIM(Majlis Pertubuhan Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) telah berjaya memasuki Semenanjung Gaza menjelang waktu berbuka puasa semalam(17/08/2011), setelahmana menempuh 8 jam tempoh masa perjalanan. Tambahan lagi, pihak rombongan perlu mematuhi langkah keselamatan dari pihak keselamatan Mesir.

Seramai 33 orang peserta menyertai rombongan MAPIM ke Gaza, antaranya Dato' Sheikh Muzaffar Sheikh Mustapha, angkasawan Malaysia dan juara Akademi Nasyid, saudara Azhan Atan.

Rombongan ini adalah misi kedua MAPIM meneruskan misi kemanusiaannya di Gaza.

Berbalik kepada proses keselamatan, bas yang dinaiki pihak rombongan terpaksa mengikuti arahan keselamatan ekoran beberapa situasi ketidakstabilan berlaku beberapa hari yang lalu. Demikian itu, semasa berada di checkpoint ke-3, pihak rombongan terpaksa menanti arahan perlepasan yang begitu lama, diikuti aturan selanjutnya dari pihak keselamatan untuk mendapatkan penyelarasan dengan pihak tentera di zon utara Semenanjung Sinai. Bagaimanapun, langkah sebegini teramat biasa dilalui oleh mana-mana rombongan kemanusiaan ke Gaza.

Menurut pegawai polis utara Sinai, Saudara Islam Luqi semasa berada di atas bas di checkpoint ke-3, beliau memberi penerangan bahawa proses ini mengambil masa bertujuan untuk penyelarasan dengan pihak atasan dan beliau turut memohon maaf berhubung proses berkenaan. Kemudian, rombongan diiringi pihak keselamatan sehingga ke checkpoint seterusnya yang berhampiran kem tentera.

Setelah melepasi checkpoint tersebut yang turut mengambil masa, perjalanan rombongan diteruskan sehingga ke destinasi yang melewati jalan persisiran pantai El-'Arish, Syeikh Zuweid dan tiba di checkpoint akhir di hadapan pintu sempadan Rafah Mesir pada jam 04:45 petang, waktu tempatan(Mesir).

Sudut peserta, perasaan ceria dan terharu kerana dapat melihat dari jauh tanah Palestin di hadapan mata sambil diingatkan tentang keutamaan keselamatan dan proses akhir sebelum dapat masuk ke tanah Gaza.

Dari sudut catatan masa pada detik-detik akhir, rombongan MAPIM dipermudahkan urusan apabila bas yang dinaiki dibenarkan masuk melepasi pintu utama sempadan sehinggalah tiba di hadapan pintu bangunan terminal.

Krew MAP diberitahu bahawa, masa hanya tinggal 10 minit lagi sebelum pintu sempadan ditutup pada jam 05:30 petang, waktu Mesir(jam 06:30 petang, waktu Palestin).

Menukil dari laman jaringan sosial Cakna Palestin, rombongan telah masuk ke Gaza pada jam 06:00 petang(waktu Mesir). - MAP