01 Oktober 2011

3 awam cedera jadi sasaran pengeboman zionis

Laporan jam 07:55 malam, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 07:55 malam, waktu Mesir

SEMENANJUNG GAZA - 3 penduduk awam Palestin cedera dalam serangan pesawat pengintip zionis tanpa pemandu di timur daerah Bayt Hanoun, utara Semenanjung Gaza.

Berhubung mangsa yang cedera, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, "3 penduduk awam berkenaan mengalami kecederaan yang berbeza, salah seorang dari mereka menghadapi cedera yang kritikal dan dua lagi mengalami luka pertengahan ekoran serangan dari pesawat zionis yang menyasarkan sekumpulan penduduk awam Palestin di timur daerah."

Tambah beliau, salah seorang dari mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital As-Shifa' untuk rawatan selanjutnya, manakala yang berbaki dibawa ke hospital Bayt Hanoun. Sumber 01/10/2011, web berita Safa.ps

Pelampau bakar ratusan ekar tanah, rempuh kampung di selatan Nablus

Laporan jam 01:10 petang, waktu Palestin(Tebing Barat)
Jam 12:10 tengahari, waktu Mesir

NABLUS - Warga zionis menyerang sebuah kampung di daerah Huwwara tengahari tadi setelahmana membakar ratusan ekar tanah di daerah Inabus yang bersebelahan Huwwara, Nablus, Tebing Barat.

Saksi kejadian berkata kepada agensi berita Safa, hampir 200 warga zionis menyerang penduduk penduduk kampung di daerah Huwwara, lantas mencetuskan pertempuran sengit antara penduduk-penduduk kampung berkenaan dengan warga zionis dan tentera penjajah.

Sumber turut menerangkan bahawa warga zionis dilindungi sepasukan dari tentera rejim penjajah yang menggunakan bom gas dan peluru getah.

Sebelum kejadian, warga zionis telah membakar hampir 20 ekar tanah di daerah 'Inabus yang bersebelahan dengan Huwwara.

Kejadian hari ini jelas menunjukkan bahawa pelampau-pelampau warga zionis terus meningkatkan tentangan ke atas penduduk Palestin. Menurut sumber, warga zionis(perampas tanah) yang mendiami di 39 buah penempatan haram(penempatan Yahudi)sekitar Nablus sahaja berjumlah 20 ribu orang. Sumber 01/10/2011, web berita Safa.ps

AN-NASEER jalankan latihan tentera, zionis serang pengkalan AL-QASSAM

SEMENANJUNG GAZA - Sayap tentera kepada Gerakan Penentangan Masyarakat, iaitu KATAIB AN-NASEER telah menjalankan latihan ketenteraan petang semalam (30/09/2011, Jumaat)di sebuah lokasi yang terletak di sebelah barat Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza.

Latihan terbabit meliputi operasi latihan meletup peledak, operasi rempuhan menggunakan peluru hidup serta kesemua jenis bentuk senjata dan juga latihan penggunaan berbagai-bagai jenis senjata kepada pejuang-pejuang AN-NASEER.

Seorang komander dari kumpulan berkenaan yang dikenali Abu Muhammad menjelaskan latihan itu diadakan sempena dengan ulangtahun pelancaran penubuhan gerakannya dan sayap senjata, malah persediaan bagi menghadapi sebarang bentuk pencerobohan zionis ke dalam tanah kami, ujar beliau.

Sementara itu, serangan yang berlaku menjelang awal pagi Jumaat dilaporkan bahawa pesawat tempur zionis mengebom sebuah pengkalan tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS).

Menurut pemberita Safa, pesawat zionis telah mengebom pengkalan AL-QASSAM yang terletak di pintu masuk ke Mukhayyam El-Maghazi, Gaza Tengah.

Tambahan lagi, serangan terbabit tidak mengakibatkan kemalangan jiwa dan kecederaan, namun, membangkitkan rasa cemas dikalangan penduduk Palestin khususnya wanita dan kanak-kanak.

Sebelum kejadian, sumber melaporkan pesawat-pesawat tempur zionis kerap berlegar-legar di ruang udara Gaza, di samping melepaskan bom cahaya.

Berhubung serangan ke atas pengkalan AL-QASSAM, tidak ada laporan yang menyebut sebarang serangan roket yang dilancarkan dari Gaza ke kawasan jajahan pada 28 dan 29 September. Sumber 01/10/2011, web berita Safa.ps