16 Oktober 2011

AL-QASSAM dedah tandatangan dari dua dokumen berasingan

Sayap tentera gerakan HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM telah mendedahkan bahawa persetujuan dokumen(perjanjian) penukaran tahanan-tawanan yang diberi tema 'وفاء الأحرار' ditandatangani dari dua dokumen yang berasingan.

Abu Ubaidah, jurucakap AL-QASSAM dalam kenyataan khas web penerangan sayap tentera HAMAS berkata, "sepanjang rundingan tidak bersemuka yang diselia oleh Republik Arab Mesir, tidak berlaku apa-apapun pertemuan antara delegasi KATAIB IZZUDIN AL-QASSAM dengan wakil delegasi musuh."

Beliau menyatakan bahawa persetujuan perjanjian penukaran telah ditandatangi dari dua dokumen yang berasingan; pertama, tandatangan dibuat antara delegasi HAMAS dengan Mesir dan yang kedua, antara pihak musuh zionis dengan Mesir malah turut diberitahu, Ketua SHABAK(Agensi Keselamatan Israel 'ISA') zionis meminta untuk bertemu ketua delegasi AL-QASSAM, namun AL-QASSAM menolak.
______________________________________________
Baca lagi:

Banyak pihak mahu gugurkan dokumen ini - Abu Ubaidah
______________________________________________

Abu Ubaidah selaku jurucakap bagi pemimpin dan tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM turut mewakili kesemua tahanan Palestin yang bakal dibebaskan, juga mewakili sanak-saudara tahanan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Republik Arab Mesir ekoran usaha keras demi tercapainya persetujuan dalam perjanjian penukaran ini. Sumber 16/10/2011, web berita media penerangan AL-QASSAM