Banyak pihak mahu gugurkan dokumen ini - Abu Ubaidah
13 Oktober 2011
Jam 10:25 malam, waktu Mesir
GAZA - Jurucakap KATAIB SYAHID IZZUDDUN AL-QASSAM, Abu Ubaidah(gambar kanan) berkata, banyak pihak cuba menggugurkan dokumen(perjanjian) penukaran tahanan-tawanan dengan rejim zionis serta memeras ugut pejuang Palestin. Tambahan lagi, sepanjang tahun-tahun yang lalu, penjajah(rejim zionis) menggunakan perantaraan ruang diplomasi antarabangsa sebagai usaha menggagalkan perjanjian ini.
Ketika wawancara khas dengan Siaran Satelit Al-Aqsa, Abu Ubaidah menjelaskan bahawa penjajah kerap kali pada tahun-tahun yang lalu berusaha menggagalkan perjanjian ini, lebih-lebih lagi masalah tahanan Palestin yang dikenakan tahanan tempoh yang lama(25 tahun), hukuman berat dan dikalangan pejuang-pejuang yang ditahan, kesemua ini adalah penghalang yang cukup besar dihadapi perunding Palestin.
Beliau menyatakan bahawa pejuang-pejuang Palestin telah memperolehi 95% dari tuntutannya dalam perjanjian penukaran. Kata jurucakap sayap tentera HAMAS itu, "pada tahun-tahun yang lalu, kami bukan sahaja berunding demi mendapatkan kasih belas, bahkan seolah-olah demi membiarkan hak-hak kami dirampas."
Abu Ubaidah membuat perhitungan bahawa jadual perlaksanaan bagi peringkat pertama perjanjian ini pada pertengahan minggu hadapan, jelas lagi Mesir telah memainkan peranannya secara jujur ketika rundingan berjalan, dan ia menjadi salah satu sebab utama yang menjayakan rundingan.
Beliau menyatakan perjanjian penukaran meliputi kesemua pihak Palestin dari kumpulan dan gerakan yang berbagai-bagai.
"Para tahanan bagi kesemua kumpulan adalah simbol kepada masyarakat Palestin, kami memberi layanan(berurus) sama rata dengan semua Palestin yang berada dalam tahanan iaitu mereka yang ditahan semata-mata bangkit menentang dan mempertahankan tanah-tanah, malah kami tidak melihat ia dari mana-mana kumpulan dan gerakan," ujar Abu Ubaidah.
Beliau menerangkan bahawa perjanjian yang tercapai turut berjalan seiring tuntutan para tahanan Palestin yang mengharungi hari-hari mereka dengan mogok lapar, ianya adalah desakan agar kes penahanan berasingan(seorang diri) dapat diselesaikan dan juga usaha meminta dikembalikan semula hak-hak istimewa yang telah dirampas pada tahun-tahun lepas.
Gambar(alqassam): Tema pembebasan dari perjanjian penukaran tahanan-tawanan yang dilancarkan oleh KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, 'wafail ahrar'.
Harapan dari Abu Ubaidah, perjanjian ini adalah berupa pendahuluan mengembalikan kesatuan dan mengukuhkan ikatan dalaman buat masyarakat Palestin.
Semasa wawancara, Abu Ubaidah selaku jurucakap AL-QASSAM berjanji, perjanjian ini tidak akan menjadi pusingan akhir bagi usaha pejuang membebaskan para tahanan.
Kata beliau, "Kami telah berjanji kepada saudara kami Palestin yang berada di sebalik jeriji kurungan bahawa perjanjian penukaran ini adalah permulaan, dan kami akan berusaha membebaskan kesemua saudara kami dari penjara-penjara musuh..dengan izin Allah Ta'ala." Sumber 13/10/2011, web berita Safa.ps
Abu Ubaidah: Perjanjian penukaran tahanan-tawanan
antara HAMAS dengan rejim zionis tercapai
Sumber youtube.com
Klip berita
Tercapainya perjanjian penukaran tahanan-tawanan
Sumber youtube.com
_______________________________________________
Klip tayangan
Misi penculikan tentera zionis
'Al-Wahmu Al-Mutabaddid'
Sumber youtube.com
0 comments:
Catat Ulasan