03 Januari 2012

Pertemuan antara perunding Palestin dan Israel di Amman

AMMAN - Menukil dari berita AL-JAZEERAH melaporkan bahawa pertemuan dua pihak, perunding Palestin dan Israel telah berlangsung hari ini di Amman, Jordan.

Pertemuan ini dikendalikan Kuartet Timur Tengah yang dihadiri utusan khasnya, Tony Blair dan juga diserta Menteri Luar Jordan, Nasser Judeh. Agenda perbincangan tertumpu kepada peluang-peluang untuk menyambung semula rundingan damai antara Palestin dengan Israel yang terhenti sejak 16 bulan.

Gambar(YNET): Pertemuan yang berlangsung di Amman.

Sebagaimana dimaklumkan bahawa pertemuan tersebut berlangsung di bangunan pejabat Kementerian Luar Jordan. Palestin diwakili perundingnya, Saeb Erekat dan perunding Israel, Yitzhak Molcho, utusan Perdana Menteri Netanyahu.



Pertemuan ini ditentang oleh gerakan HAMAS, JIHAD ISLAMI, pergerakan Popular Front for the Liberation of Palestine – General Command(الجبهة الشعبية لتحرير فلسطين - القيادة العامة), dan pergerakan Popular Front for the Liberation of Palestine(الجبهة الشعبية لتحرير فلسطين). Sumber 03/01/2012, berita AL-JAZEERAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan